Translate

19 July 2024

Polis jumpa beg tangan dipercayai milik Nur Farah Kartini

 Polis jumpa beg tangan dipercayai milik Nur Farah Kartini

Bernama

18/07/2024 


Polis jumpa beg tangan dipercayai milik Nur Farah Kartini
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penemuan bahan bukti tersebut. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah ditemukan dalam operasi pencarian bahan bukti yang dijalankan di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penemuan bahan bukti tersebut.

"Ya. Beg wanita yang ditemui itu dipercayai kepunyaan mangsa," katanya ketika dihubungi media hari ini.



Media tempatan sebelum ini melaporkan usaha mencari baki bahan bukti dijalankan berdekatan Sungai Trolak, Perak.

Lokasi tersebut terletak kira-kira 20 minit daripada ladang kelapa sawit berdekatan Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor yang menjadi kawasan pencarian bahan bukti sebelum ini.

Pencarian bahan bukti di sebuah parit di ladang kelapa sawit itu sebelum ini menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa.

Mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit berkenaan kira-kira 6 petang pada Isnin, selepas bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga seorang anggota polis bertugas di Perak kini direman hingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan petang tadi di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kajang viewed 'KEJADIAN DI PARKIR KERETA | BEST FBKL' 57 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Lapan parti layak guna masa si' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Yenimahalle viewed 'Video of Passenger in Car Speeding at 312 K,/h - V' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Wakefield viewed 'Agong berkenan terima watikah lantikan lapan perwa' 4 hrs 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 5 hrs 7 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'The sudden passing of Lawyer Datuk Wong Rhen Yen i' 5 hrs 27 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 6 hrs 6 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Muhyiddin Ke Austra' 7 hrs 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ex-judge accused of harboring alleged Tren de Arag' 7 hrs 21 mins ago