Translate

20 July 2024

Pelancong ke Malaysia meningkat kepada 9.48 juta setakat Mei - Ahmad Zahid

 Pelancong ke Malaysia meningkat kepada 9.48 juta setakat Mei - Ahmad Zahid

Bernama

20/07/2024 07:15 MYT


Pelancong ke Malaysia meningkat kepada 9.48 juta setakat Mei - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mempengerusikan Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan bersempena Kempen Melawat Malaysia 2026 di Kementerian Pelancongan, Putrajaya, 19 Julai 2024. -- fotoBERNAMA

Pelancong ke Malaysia meningkat kepada 9.48 juta setakat Mei - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid mempengerusikan Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan bersempena Kempen Melawat Malaysia 2026 di Kementerian Pelancongan, Putrajaya, 19 Julai 2024. -- fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Kedatangan pelancong antarabangsa ke Malaysia menunjukkan peningkatan memberangsangkan dengan 9.48 juta pelancong setakat Mei lepas, berbanding 7.48 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyasarkan kehadiran 27.3 juta pelancong antarabangsa dengan pendapatan RM102.7 bilion tahun ini.

"Kerajaan telah merangka dan melaksanakan pelbagai strategi untuk merangsang industri pelancongan termasuk program Malaysia My Second Home (MM2H), Kepengerusian ASEAN Tahun 2025, kempen VM2026 dan banyak aktiviti promosi yang lebih taktikal.



"Saya menyambut baik pandangan dan maklum balas daripada semua pihak terutama penggiat industri dalam memastikan usaha dan inisiatif ini mencapai objektif yang diharapkan," kata beliau menerusi akaun rasmi X miliknya pada Jumaat, selepas mengadakan sesi libat urus bersama penggiat industri pelancongan bersempena dengan Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Sesi itu diadakan sebagai ruang kepada kementerian dan industri bertukar-tukar pandangan dan mengenal pasti cabaran dihadapi dalam industri pelancongan negara.

Ahmad Zahid berharap semua kementerian dan pihak industri dapat berganding bahu dan komited menjayakan VM2026, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan bertaraf dunia.

"Industri pelancongan ialah pemacu penting ekonomi negara. Sektor ini memberi kesan positif kepada rantaian bekalan, peluang pekerjaan, pelaburan, pembangunan infrastruktur dan dapat mempromosikan budaya Malaysia ke seluruh dunia," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 1 min ago
A visitor from Shah alam viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 4 mins ago
A visitor from Chennai viewed 'BEST FBKL' 38 mins ago
A visitor from Bekasi viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Urbana viewed 'Police remanded the wife and ex husband, of the la' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from Gatchina viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 4 hrs 55 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Lelaki bebas sabitan edar 10kg dadah - Mahkamah Pe' 6 hrs 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 6 hrs 24 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Akses ke KLIA Termi' 7 hrs 10 mins ago