Translate

28 July 2024

Filem Abang Adik rangkul dua anugerah utama pada Malaysia Golden Global Awards 2024



Filem Abang Adik rangkul dua anugerah utama pada Malaysia Golden Global Awards 2024

Bernama

28/07/2024
Filem sulung arahan penerbit dan pengarah rakyat Malaysia Jin Ong itu berkisar tentang kehidupan Abang (Wu) yang pekak dan bisu serta Adik (Tan). - Foto Facebook/MIFFEST dan MGGA

KUALA LUMPUR: Filem Abang Adik berjaya merangkul dua anugerah utama pada majlis Malaysia Golden Global Awards (MGGA) 2024 yang berlangsung di Auditorium Angkasapuri di sini malam tadi.

Filem itu, mengisahkan pahit manis hubungan erat dua anak yatim yang tiada pertalian darah, berjaya meraih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik serta Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, masing-masing menerusi lakonan mantap Kangren Wu pelakon dari Taiwan dan Jack Tan dari Malaysia.

Filem sulung arahan penerbit dan pengarah rakyat Malaysia Jin Ong itu berkisar tentang kehidupan Abang (Wu) yang pekak dan bisu serta Adik (Tan).







Abang dan Adik membesar tanpa keluarga di bawah jagaan jiran Kakak Money (Tan Kim Wang) yang melayan mereka seperti anak kandung bagi memastikan kelangsungan hidup kedua-dua anak yatim ini.

MGGA 2024, yang diadakan sempena Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) edisi ketujuh, turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin.

Pelakon wanita terbaik pula digondol oleh pelakon Jerman Aenne Schwarz menerusi filem Every You, Every Me manakala pelakon wanita pembantu terbaik dimenangi pelakon China iaitu You Junfen (The Great Phuket).

Kategori Filem Terbaik diungguli Every You, Every Me arahan Michael Fetter Nathansky manakala Pengarah Terbaik diraih oleh dua pengarah Iran iaitu Alireza Ghasemi dan Raha Amirfazli melalui filem In The Land Of Brothers.

Turut disampaikan ialah Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat MIFFest kepada pembikin filem Jepun iaitu Hirokazu Kore-eda dan aktres serta penerbit Indonesia Christine Hakim.

Pelakon, penyanyi dan pengarah terkenal Hong Kong Nick Cheung pula menerima Anugerah Kecemerlangan Dalam Filem.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Urbana viewed 'Police remanded the wife and ex husband, of the la' 20 mins ago
A visitor from Gatchina viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Lelaki bebas sabitan edar 10kg dadah - Mahkamah Pe' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Akses ke KLIA Termi' 3 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 3 hrs 56 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 4 hrs 9 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 4 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Clips of some steamy scenes in a drama shared by a' 4 hrs 35 mins ago