Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan dia tidak diberikan tempat duduk ketika mesyuarat di Alor Setar sebelum mengiringi Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja ke Sadao, Thailand.
Sanusi membangkitkan perkara itu ketika menyuarakan isu 'Little Napoleon' yang menurutnya cuba mengeruhkan hubungannya dengan Anwar.
Menurutnya, walaupun perbincangan itu berkaitan dengan tanah yang berada di bawah kuasa negeri, dia tidak diberi tempat untuk turut serta sehinggalah Anwar meminta dia diberikan kerusi.