Translate

02 December 2023

AirAsia rangkul tiga anugerah di acara World Travel Grand Final 2023



AirAsia rangkul tiga anugerah di acara World Travel Grand Final 2023

Bernama

Disember 2, 2023
AirAsia muncul pemenang dalam tiga kategori, mengatasi 15 syarikat penerbangan dan memperoleh undian tertinggi daripada pemain industri, pengguna dan pakar perjalanan/pengembaraan dari seluruh rantau ini. - Gambar/ AirAsia

AirAsia rangkul tiga anugerah di acara World Travel Grand Final 2023

AirAsia muncul pemenang dalam tiga kategori, mengatasi 15 syarikat penerbangan dan memperoleh undian tertinggi daripada pemain industri, pengguna dan pakar perjalanan/pengembaraan dari seluruh rantau ini. - Gambar/ AirAsia

DUBAI: AirAsia merangkul tiga anugerah di acara World Travel Awards (WTA) Grand Final 2023, sekali gus mendominasi kategori syarikat penerbangan tambang rendah tahun ini.

Syarikat itu memenangi anugerah syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia untuk tahun ke-11 berturut-turut, kru kabin syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka untuk tahun ke-7 berturut-turut dan menerajui syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh dalam pencalonan sulungnya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X (AAX) Benyamin Ismail berkata 2023 membuktikan transformasi syarikat yang paling berjaya sepanjang operasinya selama 16 tahun.







"Kami tidak dapat melakukannya tanpa sokongan tetamu kami yang amat dihargai yang telah memilih kami sebagai syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh pilihan mereka.

"Penghargaan ini turut membuktikan kemajuan luar biasa selepas pandemik yang telah kami capai sejak operasi disambung semula pada Mac 2022 dan (ia) juga adalah hasil kerja keras dan dedikasi seluruh pasukan AAX," katanya di luar acara selepas majlis itu berlangsung baru-baru ini.

Beliau juga berkata AAX komited untuk meneruskan perkhidmatannya menghubungkan orang ramai ke destinasi jarak sederhana dan jauh kegemaran mereka dengan menawarkan nilai terbaik untuk tahun-tahun akan datang.

AirAsia muncul sebagai pemenang dalam tiga kategori, mengatasi 15 syarikat penerbangan dan memperoleh undian tertinggi daripada pemain industri, pengguna dan pakar perjalanan/pengembaraan dari seluruh rantau ini.

Pengiktirafan ini menyusuli kejayaan AirAsia sebelum ini sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik Asia dan krew kabin syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka Asia di World Travel Awards (WTA) 2023, Asia dan Oceania pada September tahun ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Ltd Bo Lingam dalam satu kenyataan berkata anugerah itu melambangkan dedikasi syarikat untuk menghubungkan orang ramai dengan nilai tambang terbaik.

"Teras utama pencapaian luar biasa ini terletak pada usaha gigih Allstars (pekerja global) kami, yang secara konsisten berusaha keras untuk memastikan tetamu kami mengalami perjalanan yang hebat bersama kami.

"Kami mengiktiraf tanggungjawab yang datang dengan menjadi peneraju dalam industri, dan kami berazam untuk meningkatkan lagi perkhidmatan, mengembangkan rangkaian dan menerima inovasi yang akan mentakrifkan semula pengalaman perjalanan pada 2024 dan seterusnya," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED