Translate

21 October 2023

Anwar ucap takziah kepada keluarga Zulkefly Mohamad Omar



Anwar ucap takziah kepada keluarga Zulkefly Mohamad Omar

Bernama

Oktober 21, 2023
Allahyarham yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan meninggal dunia pada usia 59 tahun di Hospital Serdang, Selangor. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim

Anwar ucap takziah kepada keluarga Zulkefly Mohamad Omar

Allahyarham yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan meninggal dunia pada usia 59 tahun di Hospital Serdang, Selangor. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Naib Pengerusi Amanah Negeri Sembilan Datuk Zulkefly Mohamad Omar yang meninggal dunia hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau turut mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Allahyarham yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan meninggal dunia pada usia 59 tahun di Hospital Serdang, Selangor.







Berita itu disahkan Speaker DUN Negeri Sembilan Datuk MK Ibrahim Abd Rahman dan memaklumkan Zulkefly mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) pada dua hari lepas kerana menghidapi komplikasi pelbagai masalah kesihatan dan perlu ditidurkan.

Zulkefly memulakan karier politik bersama PAS dan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) pada 1999 di DUN Lenggeng.

Allahyarham pernah memegang jawatan Pesuruhjaya PAS negeri dari 2007-2011. Setelah menyertai Amanah, Zulkefly bertanding di kerusi DUN Johol pada PRU14 dan Parlimen Jelebu pada PRU15, November tahun lepas.

Zulkefly dilantik sebagai Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan pada Julai 2018 selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU14.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Kunjungan Manchester United ke Malaysia tarik perh' 10 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Victims to receive additional f' 10 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Ex-BSI banker linked to 1MDB money Laundering Scan' 11 mins ago
A visitor from Seremban viewed 'Wajib lapor pendapatan walaupun perniagaan rugi - ' 16 mins ago
A visitor from Semenyih viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ringgit terus alami penurunan berbanding dolar AS ' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA FILEM AKSI PALING EPIK T' 25 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BARA NAGA FILEM AKSI PALING EPIK T' 28 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Dua individu ditahan terlibat sindiket menyamar ej' 29 mins ago
A visitor from Phoenix viewed 'FBM KLCI ditutup hampir tidak berubah berikutan se' 37 mins ago