Translate

26 October 2023

Pembayaran terbuka KTMB Lembah Klang mulai pertengahan Nov, perkhidmatan rel Ogos 2025



Pembayaran terbuka KTMB Lembah Klang mulai pertengahan Nov, perkhidmatan rel Ogos 2025

ASTRO AWANI

Oktober 26, 2023
Semua 57 stesen KTMB Komuter di Lembah Klang akan dilengkapi dengan alat pengimbas di gantri yang menyokong kaedah pembayaran terbuka termasuk kad kredit, kad debit, Touch-n-Go dan Kod QR melalui KITS. - Gambar hiasan

Pembayaran terbuka KTMB Lembah Klang mulai pertengahan Nov, perkhidmatan rel Ogos 2025

Semua 57 stesen KTMB Komuter di Lembah Klang akan dilengkapi dengan alat pengimbas di gantri yang menyokong kaedah pembayaran terbuka termasuk kad kredit, kad debit, Touch-n-Go dan Kod QR melalui KITS. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Pengguna komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Lembah Klang akan dapat menikmati mod pembayaran terbuka mulai pertengahan November tahun ini.

Ia termasuk penggunaan kad kredit, kad debit, Touch-n-Go dan Kod QR melalui aplikasi mobile KTMB (KITS), menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini.

Katanya, penaiktarafan sistem tiket atau Automatic Fare Collection (AFC) kini hampir selesai di kesemua 57 stesen KTMB di sekitar Lembah Klang.



"Mulai pertengahan November 2023, pengguna KTMB dapat menikmati kemudahan baru di kesemua 57 stesen KTMB Komuter di Lembah Klang.

"Semua stesen itu akan dilengkapi dengan alat pengimbas di gantri yang menyokong kaedah pembayaran terbuka termasuk kad kredit, kad debit, Touch-n-Go dan Kod QR melalui KITS.

"Jumlah kos projek adalah sebanyak RM29 juta," katanya di Dewan Rakyat menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) yang meminta beliau menyatakan peratusan pelaksanaan sistem pembayaran terbuka dalam rangkaian pengangkutan awam Lembah Klang terutamanya rangkaian Prasarana seperti LRT, MRT dan bas Rapid KL.

Loke juga berkata, sistem pembayaran terbuka melibatkan rangkaian perkhidmatan rel di Lembah Klang dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2025.

Katanya, Prasarana sedang memuktamadkan pelan pelaksanaan tersebut untuk rangkaian Rapid Rail merangkumi Laluan LRT Kelana Jaya, Laluan LRT Ampang, Laluan MRT Kajang, Laluan MRT Putrajaya dan Monorail.

Menurutnya, sistem baru ini akan memperkenalkan penggunaan MyDebit dan Kad Kredit sebagai mod pembayaran tambahan di gantri selain kaedah pembayaran sedia ada menggunakan kad Touch-n-Go atau token.

"Kerja-kerja ‘Design and Development’ dijangka mula pada Mac 2024.

"Prasarana akan mengambil tempoh 11 bulan iaitu sehingga Februari 2025 untuk menyiapkan 50 peratus daripada gantri di setiap stesen untuk menerima kaedah pembayaran terbuka.

"Menjelang Ogos 2025, semua gantri di setiap stesen akan siap," katanya.

Tambahnya, sekiranya perlu, sistem ini akan terus diperkembangkan dengan membolehkan penggunaan mod pembayaran yang lain seperti Kod QR dalam fasa pelaksanaan seterusnya.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'PROSIDING BUNG MOKTAR DIBENAR TANGGUH | BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 23 mins ago
A visitor from Klang viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 37 mins ago
A visitor from Peats ridge viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'CCTV rakam 'mangsa dalam longkang, saksi berlari' ' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 7 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 4 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 6 hrs 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 6 hrs 51 mins ago