Translate

24 October 2023

PENJELASAN POLIS INI SEBENARNYA YANG BERLAKU DI NILAI 3, NEGERI SEMBILAN



Polis siasat dakwaan warga asing hantuk kepala ke dahi anggota tentera di Nilai 3

Sinar Harian

Oktober 23, 2023
Berlaku pertengkaran di sebuah kedai karpet di Nilai melibatkan seorang warga asing dan anggota tentera. -Gambar hiasan, tangkap layar mengenai dakwaan berkenaan

Polis siasat dakwaan warga asing hantuk kepala ke dahi anggota tentera di Nilai 3

Berlaku pertengkaran di sebuah kedai karpet di Nilai melibatkan seorang warga asing dan anggota tentera. -Gambar hiasan, tangkap layar mengenai dakwaan berkenaan

NILAI: Tiada kejadian seorang anggota tentera dikepung sekumpulan warga asing di sebuah kedai karpet di Nilai 3 di sini seperti yang didakwa dalam video tular baru-baru ini.

Ketua Polis daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, sebaliknya hanya berlaku pergaduhan kecil melibatkan anggota tentera dan peniaga warga asing itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada Sabtu lalu jam 7.43 malam yang dibuat seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun.


"Lelaki berkenaan yang juga seorang anggota tentera menyatakan pada 7 Oktober lepas dia telah membeli sebuah kerusi berbentuk jari di sebuah kedai karpet bertempat di Nilai 3 dengan harga RM70.

"Kerusi tersebut kemudiannya patah setelah digunakan selama dua minggu.

"Pada Sabtu lalu, jam lebih kurang 4.30 petang, dia ke kedai tersebut dan meminta untuk tukar ganti kerusi yang baharu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ujarnya, semasa dalam kedai telah berlaku pertengkaran dan datang seorang lelaki warga asing menghantukkan kepalanya ke dahi pengadu.

"Siasatan awal yang dilakukan mendapati pengadu tidak ada menyatakan 15 orang lelaki warga asing yang mengepungnya, pengadu hanya memberitahu seorang lelaki warga asing telah menghantukkan kepala pada dahinya.

"Siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Suspek disyaki seorang lelaki warga asing.

"Justeru, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat," katanya.

Sebelum ini tular sebuah video di aplikasi TikTok mendakwa seramai 15 hingga 20 warga asing telah mengepung dan menumbuk rakyat Malaysia yang bertugas sebagai askar.

Video berkenaan mendapat 29,400 tanda suka dengan 3,038 komen, malah pemilik akaun tersebut turut berkongsi sebuah lagi video dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden sama


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'PROSIDING BUNG MOKTAR DIBENAR TANGGUH | BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 23 mins ago
A visitor from Klang viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 37 mins ago
A visitor from Peats ridge viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'CCTV rakam 'mangsa dalam longkang, saksi berlari' ' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 7 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 4 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 6 hrs 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 6 hrs 51 mins ago