Translate

28 October 2023

Warga asing kemalangan rempuh pagar Istana Besar Johor

 Warga asing kemalangan rempuh pagar Istana Besar Johor

Kenyataan Media

Kereta warga asing itu kemudian melanggar sebuah teksi dan Perodua Aruz, sebelum merempuh pagar istana di bahu jalan.- Astro AWANI

Oktober 27, 2023 22:44 MYT

Warga asing kemalangan rempuh pagar Istana Besar Johor

Kereta warga asing itu kemudian melanggar sebuah teksi dan Perodua Aruz, sebelum merempuh pagar istana di bahu jalan.- Astro AWANI

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki memandu di bawah pengaruh dadah dan melanggar dua kereta sebelum merempuh Istana Besar di Kilometer 2.3 Jalan Skudai, Pantai Lido pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian berlaku jam 5.28 pagi membabitkan kereta jenis Audi dipandu seorang lelaki warga asing.

Menurut beliau, pemandu berusia lingkungan 20-an dari pusat bandar menghala Skudai bersama dua penumpang dipercayai gagal mengawal kenderaan di kawasan selekoh sebelum terbabas ke laluan bertentangan.



Kereta warga asing itu kemudian melanggar sebuah teksi dan Perodua Aruz, sebelum merempuh pagar istana di bahu jalan.

Raub berkata, pemandu kereta cedera ringan, manakala pemandu dua lagi kenderaan yang dilanggarnya tidak cedera, dengan pagar istana mengalami kerosakan.

Sementara itu, hasil ujian air kencing mendapati pemandunya positif methamphetamine manakala kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 3 hrs 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 3 hrs 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 3 hrs 23 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 4 hrs 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 14 mins ago