Translate

26 October 2023

KOM terima tajaan RM5 juta daripada CMS untuk tempoh tiga tahun



KOM terima tajaan RM5 juta untuk tempoh tiga tahun

Bernama

Oktober 26, 2023

Shahidan dan Mohd Zahidi menyaksikan pertukaran dokumen antara Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata Sarawak Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (kanan) dan Pengerusi Kejurulatihan Jawatankuasa MAF Datuk Mark Ling (kiri) semalam. --fotoBERNAMAT

KOM terima tajaan RM5 juta untuk tempoh tiga tahun

Shahidan dan Mohd Zahidi menyaksikan pertukaran dokumen antara Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata Sarawak Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (kanan) dan Pengerusi Kejurulatihan Jawatankuasa MAF Datuk Mark Ling (kiri) semalam. --fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menerima ransangan besar dengan penajaan berjumlah RM5 juta untuk tempoh tiga tahun bagi pembangunan atlet muda daripada syarikat konglomerat Cahya Mata Sarawak Berhad (Cahya Mata) semalam.

Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata tajaan yang disalurkan itu bakal menjadi faktor penting untuk mencapai matlamat dalam pembangunan atlet.

"Dana ini menjadi sokongan yang amat penting dalam memberikan sokongan kewangan, sumber daya menerusi kejurulatihan dan pembangunan atlet olahraga. Ini penaja besar khusus untuk tujuan tersebut.



"Dengan bantuan dan sokongan ini, pencapaian dan kejayaan dalam sukan olahraga akan terus menjadi kenyataan dalam memungut lebih banyak pingat emas sekali gus membanggakan Malaysia," katanya pada sidang media majlis perjanjian penajaan antara KOM dan Cahya Mata Sarawak di sini.

Pengerusi Kumpulan Cahya Mata, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin berharap tajaan yang diberikan mampu merealisasikan visi dan misi KOM dalam melahirkan lebih ramai atlet olahraga di peringkat akar umbi.

Cahya Mata merupakan syarikat pengusaha industri bahan binaan di Sarawak.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 4 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak meninggal dunia kemalangan di Terowong' 5 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Angka korban meningkat kepada' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Massive gas pipeline fire in Puchong - Fire Dept |' 8 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 13 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 13 mins ago
A visitor from Bandar baru bangi viewed ''DEFIES LOGI' 15 mins ago