Translate

21 October 2023

Anwar ucap takziah kepada keluarga Zulkefly Mohamad Omar



Anwar ucap takziah kepada keluarga Zulkefly Mohamad Omar

Bernama

Oktober 21, 2023
Allahyarham yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan meninggal dunia pada usia 59 tahun di Hospital Serdang, Selangor. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim

Anwar ucap takziah kepada keluarga Zulkefly Mohamad Omar

Allahyarham yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan meninggal dunia pada usia 59 tahun di Hospital Serdang, Selangor. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Naib Pengerusi Amanah Negeri Sembilan Datuk Zulkefly Mohamad Omar yang meninggal dunia hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau turut mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Allahyarham yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan meninggal dunia pada usia 59 tahun di Hospital Serdang, Selangor.







Berita itu disahkan Speaker DUN Negeri Sembilan Datuk MK Ibrahim Abd Rahman dan memaklumkan Zulkefly mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) pada dua hari lepas kerana menghidapi komplikasi pelbagai masalah kesihatan dan perlu ditidurkan.

Zulkefly memulakan karier politik bersama PAS dan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) pada 1999 di DUN Lenggeng.

Allahyarham pernah memegang jawatan Pesuruhjaya PAS negeri dari 2007-2011. Setelah menyertai Amanah, Zulkefly bertanding di kerusi DUN Johol pada PRU14 dan Parlimen Jelebu pada PRU15, November tahun lepas.

Zulkefly dilantik sebagai Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan pada Julai 2018 selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU14.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Rawang viewed 'Agong today presented the instruments of appointme' 32 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'KKM teliti permi' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 59 mins ago
A visitor from Paris viewed 'BEST FBKL' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 3 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tembak mati tiga individu terlibat sindiket ' 3 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '63ft Lamborghini Yacht Sinks Near Miami' 3 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 3 hrs 15 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 3 hrs 16 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 3 hrs 16 mins ago