Translate

21 October 2023

Anwar ucap takziah kepada keluarga Zulkefly Mohamad Omar



Anwar ucap takziah kepada keluarga Zulkefly Mohamad Omar

Bernama

Oktober 21, 2023
Allahyarham yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan meninggal dunia pada usia 59 tahun di Hospital Serdang, Selangor. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim

Anwar ucap takziah kepada keluarga Zulkefly Mohamad Omar

Allahyarham yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan meninggal dunia pada usia 59 tahun di Hospital Serdang, Selangor. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Naib Pengerusi Amanah Negeri Sembilan Datuk Zulkefly Mohamad Omar yang meninggal dunia hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau turut mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Allahyarham yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan meninggal dunia pada usia 59 tahun di Hospital Serdang, Selangor.







Berita itu disahkan Speaker DUN Negeri Sembilan Datuk MK Ibrahim Abd Rahman dan memaklumkan Zulkefly mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) pada dua hari lepas kerana menghidapi komplikasi pelbagai masalah kesihatan dan perlu ditidurkan.

Zulkefly memulakan karier politik bersama PAS dan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) pada 1999 di DUN Lenggeng.

Allahyarham pernah memegang jawatan Pesuruhjaya PAS negeri dari 2007-2011. Setelah menyertai Amanah, Zulkefly bertanding di kerusi DUN Johol pada PRU14 dan Parlimen Jelebu pada PRU15, November tahun lepas.

Zulkefly dilantik sebagai Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan pada Julai 2018 selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU14.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis cari suspek curi beg duit di Pasar Siti Khad' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 3 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 3 hrs 54 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Wanita 'Panjang Tangan' Ditangkap | BEST FBKL' 4 hrs 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 27 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'PERGADUHAN DI PESTA SONGKRAN DAMANSARA | BEST FBKL' 4 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'What Happens When The Pope Dies Inside Vatican Cit' 4 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 4 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 5 hrs 19 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 5 hrs 22 mins ago