Translate

24 October 2023

20,000 peserta dijangka hadir Himpunan Malaysia Bersama Palestin - Penganjur

 20,000 peserta dijangka hadir Himpunan Malaysia Bersama Palestin - Penganjur

Bernama

Oktober 24, 2023

Seramai 20,000 orang dijangka menyertai Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang diadakan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam ini.

20,000 peserta dijangka hadir Himpunan Malaysia Bersama Palestin - Penganjur

Seramai 20,000 orang dijangka menyertai Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang diadakan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam ini.

KUALA LUMPUR: Seramai 20,000 orang dijangka menyertai Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang diadakan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam ini.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhamad Faizal Abdul Aziz berkata, perhimpunanan itu dijadualkan bermula dengan solat Maghrib disusuli solat hajat yang dipimpin imam dan qari dari Palestin, Shaykh Rami As-Sousi.

"Turut menjadi fokus perhimpunan ialah ucapan komitmen pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik yang mewakili rakyat Malaysia yang konsisten bersama perjuangan rakyat Palestin, manakala acara kemuncaknya sudah pasti ucapan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri," katanya ketika dihubungi Bernama.



Perhimpunan dikekolakan ABIM dan Global Peace Malaysia (GPM) selaku penganjur utama itu, dijangka bermula pada 7.30 hingga 10.30 malam dan turut melibatkan lebih 40 NGO seperti Malaysian Humanitarian Aid And Relief (MAHAR) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

"Kami harapkan perjuangan membela rakyat Palestin berterusan kerana bagi ABIM, himpunan yang dianjurkan ini bukan penamat, tetapi sebagai satu nafas baharu untuk rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terus memperjuang hak rakyat Palestin.

"Harapan kami agar perjuangan ini turut sama disambut oleh generasi akan datang agar penjajahan Zionis Israel berakhir di Palestin," katanya yang memaklumkan ABIM sudah menghantar tiga memorandum kepada pihak berkaitan bagi menyatakan kemarahan rakyat Malaysia terhadap kezaliman Zionis Israel.

Sementara itu, Presiden MAHAR, Jismi Johari berkata, program malam ini bukan sahaja untuk mempamerkan sokongan jitu rakyat Malaysia kepada penduduk Palestin, tetapi juga untuk mendidik orang ramai mengenai sejarah dan perkembangan konflik yang melanda negara Timur Tengah itu.

"Orang ramai boleh datang dan mendengar ucapan mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Palestin. Ini adalah peluang yang baik untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh berhubung isu ini.. isu ini bukan semata-mata atas perjuangan agama, tetapi ia juga melibatkan isu berkaitan hak asasi manusia," katanya.

Beliau berkata, peserta digalakkan memakai baju berwarna putih serta mengibarkan bendera Palestin dan Jalur Gemilang sebagai tanda solidariti Malaysia kepada Palestin.

"Saya juga menasihatkan orang ramai yang ingin menyertai himpunan ini untuk datang awal kerana pintu stadium akan dibuka pada 6.30 petang," katanya dan menambah trak makanan turut disediakan, selain persembahan oleh artis terkemuka antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Urbana viewed 'Police remanded the wife and ex husband, of the la' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Gatchina viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Lelaki bebas sabitan edar 10kg dadah - Mahkamah Pe' 3 hrs 29 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Akses ke KLIA Termi' 4 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 4 hrs 42 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 4 hrs 45 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 4 hrs 57 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 5 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Clips of some steamy scenes in a drama shared by a' 5 hrs 23 mins ago