Translate

22 October 2023

PM Anwar bertemu dengan sysrikat-syarikat gergasi di Saudi Arabia

 Jadual hari ini bermula dengan mesyuarat bersama syarikat gergasi petroleum dan gas asli Aramco.


Delegasi dari pihak Aramco diwakili Presiden dan CEO Aramco, En Amin H. Nasser dan beliau turut diapit Menteri Perdagangan TYT Dr Majid Abdullah Al Qasabi serta delegasi. 


Perbincangan tertumpu pada hubungan pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara, dan hubungan ini diperteguh melalui penubuhan Jawatankuasa bersama yang akan ditubuhkan. 


Saya punyai keyakinan yang tinggi bahawa kerjasama erat ini pasti membawa pulangan yang bermanfaat buat negara dan rakyat. 

-----

Saya turut menerima kunjungan Gabenor Public Investment Fund Arab Saudi Nasir ALRumayyan dan delegasi bagi membincang serta meneroka serta meningkatkan peluang kerjasama dalam bidang pelaburan ke tahap baharu. 

 

Kerjasama antara PIF dan Petronas, Khazanah, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut disentuh bagi meneroka peluang pelaburan. 


Pembangunan dan pengkomersialan sektor pensijilan halal dan tenaga hijau turut disentuh secara terperinci.  

-----

Saya mengadakan pertemuan bersama syarikat MobilityOne Sdn Bhd dan juga Nesma Holding Co. Ltd  yang diwakili oleh Pengarah Urusan MobilityOne Sdn Bhd Rafaiq Zakaria dan Pengarah Urusan Nesma Holding Hamad Nabeel Al Suleman. 


Kedua-dua syarikat ini bekerjasama dalam usaha mewujudkan hub Islam yang mempertemukan Malaysia dan Arab Saudi. 


Justeru, kerjasama kedua-dua syarikat ini bermatlamat dalam memenuhi khidmat dan keperluan jemaah Haji dan Umrah di Kota Suci Mekah dan Madinah. 

-----

Dalam lawatan kali ini ke Arab Saudi, saya turut menyaksikan sesi pertukaran dokumen antara:


1. Westar Aviation dan Mukamalah Aviation Company; bekerjasama dalam sektor penerbangan dan perpindahan teknologi serta teknikal dan lain-lain. 

2. Dagang NeXchange Berhad (DNeX) dan Ajlan Bros. Holding Group (ABH); bekerjasama dalam sektor pembangunan yang tertumpu pada Smart City (NEOM, The Line dll), Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) dan teknologi 

3. Twistcode Technologies Sdn Bhd dan Ajlan Bros. and Holding Group; bekerjasama dalam sektor pembangunan infrastruktur superkomputer 

4. MGB Berhad dan SANY Alameriah For Construction Co. Ltd.; bekerjasama dalam sektor pembinaan 


Saya turut mengadakan pertemuan dengan Pengarah Eksekutif Dagang NeXchange Berhad (DNeX) Tan Sri Dato' Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi Eksekutif MGB Berhad Tan Sri Dato' Sri Ir. Lim Hock San, Pengerusi Alameriah Investment Bandar Mohammed Al-Amre dan Timbalan Pengarah Eksekutif Ajlan Bros. and Holding Group Abdullah Aljeidan sebelumnya. 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED