Translate

04 May 2023

Tanah Runtuh Wisma YPR: Premis milik swasta, KKR sedia beri bantuan - Nanta

 Tanah Runtuh Wisma YPR: Premis milik swasta, KKR sedia beri bantuan - Nanta

Astro Awani

Mei 4, 2023 


TanahTanah Runtuh Wisma YPR: Premis milik swasta, KKR sedia beri bantuan - Nanta

Mangsa iaitu lelaki berusia 73 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan. Gambar/ Bernama Runtuh Wisma YPR: Premis milik swasta, KKR sedia beri bantuan - Nanta

Mangsa iaitu lelaki berusia 73 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan. Gambar/ Bernama

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) bersedia menawarkan bantuan dalam apa juga cara di bawah kapasiti kementerian itu, jika diminta oleh pihak yang terbabit susulan kejadian tanah runtuh di pondok pengawal di Wisma YPR, Taman Seputeh, di sini, awal pagi tadi.

Dalam satu kenyataan, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata berdasarkan laporan awal, premis berkenaan adalah milik swasta.

"Ia berada di bawah penyelarasan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Antaranya berdasarkan peruntukan Akta 133 Jalan Parit dan Bangunan serta beberapa undang-undang kecil berkaitan," katanya di sini pada Khamis.



Pada masa sama, Nanta turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengawal keselamatan yang ditemukan meninggal dunia dalam tragedi tersebut.

Terdahulu, Astro AWANI melaporkan pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12.54 tengah malam dan menggerakkan seramai 37 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Seputeh, unit STORM dan K9 ke lokasi kejadian.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila tebing setinggi kira-kira enam meter menghempap pondok tempat mangsa bertugas menyebabkan dia tertimbus.

Penguasa Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Mohd Rizuan Razali, berkata lelaki berusia 73 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED