Translate

16 May 2023

Polis kesan individu bantu siasatan kes dera bayi di taska

 Polis kesan individu bantu siasatan kes dera bayi di taska

Bernama

Mei 16, 2023


10:10 MYT

Polis kesan individu bantu siasatan kes dera bayi di taska

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu dikehendaki tampil ke bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Daerah Iskandar Puteri bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan

JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan individu bagi membantu siasatan berhubung kes mendera bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata pihaknya menerima satu laporan polis daripada orang awam susulan menerima satu video tular di WhatsApp.

"Video tersebut menunjukkan seorang perempuan telah mengasari seorang bayi yang umurnya tidak pasti.



"Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di satu daripada taska di kawasan Mutiara Rini," kata beliau dalam satu kenyataan ringkas, di sini, hari ini.

Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu dikehendaki tampil ke bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Daerah Iskandar Puteri bagi membantu siasatan.

Semalam tular dua video di aplikasi WhatsApp yang menunjukkan seorang perempuan mengasari badan seorang bayi yang sedang menangis.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED