Translate

05 May 2023

Feri dalam perjalanan ke Batam terbakar, semua 62 penumpang termasuk rakyat Malaysia selamat

 Feri dalam perjalanan ke Batam terbakar, semua 62 penumpang termasuk rakyat Malaysia selamat

Bernama

Mei 5, 2023 Feri dalam perjalanan ke Batam terbakar, semua 62 penumpang termasuk rakyat Malaysia selamat

Bilik enjin sebuah feri penumpang 'QUEEN STAR 2' yang dalam perjalanan dari Singapura ke Batam dilaporkan terbakar petang tadi. - Foto Facebook MPA

Feri dalam perjalanan ke Batam terbakar, semua 62 penumpang termasuk rakyat Malaysia selamat

Bilik enjin sebuah feri penumpang 'QUEEN STAR 2' yang dalam perjalanan dari Singapura ke Batam dilaporkan terbakar petang tadi. - Foto Facebook MPA

SINGAPURA: Bilik enjin sebuah feri penumpang 'QUEEN STAR 2' yang dalam perjalanan dari Singapura ke Batam dilaporkan terbakar petang tadi, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).

MPA memaklumkan bahawa kesemua 62 penumpang, termasuk warga Singapura, Malaysia dan Indonesia, antara lain Berjaya diselamatkan dan dipindahkan ke kapal 'MERBAU ERA' yang dalam perjalanan ke Terminal Feri Harbourfront Singapura.

'MERBAU ERA' kemudiannya menuju ke Batam dan selamat tiba bersama 62 penumpang terbabit,menurut MPA dalam satu kenyataan hari ini.



MPA menerima laporan mengenai kejadian pada 12.30 tengah hari waktu tempatan di luar pesisir Pulau Kusu.

Kenyataan itu menjelaskan bahawa MPA, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), dan Pengawal Pantai Polis (PCG) segera mengerah asset mereka untuk memberi bantuan.

MPA turut mengerahkan bot tunda untuk menunda feri berkenaan.

Kebakaran berjaya dipadamkan enam anak kapal yang kekal berada di atas feri itu sebelum ketibaan SCDF.

Anggota bomba SCDF juga bertindak memastikan api telah dipadamkan sepenuhnya.

"Pada masa ini tiada sebarang kecederaan atau pencemaran dilaporkan. MPA telah menempatkan pegawai di Terminal Feri Harbourfront sekiranya mana-mana penumpang memerlukan sokongan," katanya.

Di samping itu, MPA mengeluarkan siaran navigasi kepada kapal lain untuk menjauhi lokasi kejadian.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Pandu Kereta Lawan Arus Ditahan Polis | BES' 15 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Sultan Pahang berkenan menyaksikan penutup Eksesai' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Omsk viewed 'Dera Anak Guna Pisau Panas, Ibu Tiri Dipenjara 24 ' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 2 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'UK setuju bantu Malaysia dalam bidang teknologi, t' 3 hrs 36 mins ago
A visitor from Srengseng viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 4 hrs 17 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Tindakan lanjut sele' 6 hrs 59 mins ago