Translate

19 May 2023

Coldplay: KBS pastikan konsert, aksi Harimau Malaya berjalan dengan baik - Hannah

 Coldplay: KBS pastikan konsert, aksi Harimau Malaya berjalan dengan baik - Hannah

Bernama

Mei 19, 2023Coldplay: KBS pastikan konsert, aksi Harimau Malaya berjalan dengan baik  - Hannah

Hannah berkata, beliau sudah berbincang dengan Hamidin berhubung penggunaan stadium itu menjelang kelayakan Piala Dunia 2026, Piala Asia 2027 dan konsert Coldplay

Coldplay: KBS pastikan konsert, aksi Harimau Malaya berjalan dengan baik  - Hannah

Hannah berkata, beliau sudah berbincang dengan Hamidin berhubung penggunaan stadium itu menjelang kelayakan Piala Dunia 2026, Piala Asia 2027 dan konsert Coldplay. - Gambar/ Bernama

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memastikan penganjuran konsert kumpulan muzik Coldplay dan aksi Harimau Malaya bagi kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil November ini berjalan dengan baik.

Menterinya Hannah Yeoh berkata, beliau sudah berbincang dengan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berhubung penggunaan stadium itu menjelang kelayakan Piala Dunia 2026, Piala Asia 2027 dan konsert kumpulan muzik dari United Kingdom itu pada bulan yang sama.

"Isu stadium selalu kita akan imbangkan antara sukan bola sepak dan konsert, kita telah bincang beberapa pilihan tapi saya tak nak umum pilihan ini dulu.



"Kita akan tunggu undi (kelayakan Piala Asia 2027) yang Datuk Hamidin akan dapat bulan Julai nanti," katanya kepada pemberita selepas sidang media Rangkuman Prestasi Kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kemboja 2023, di sini hari ini.

Semalam, Hamidin menerusi kenyataan menjelaskan bahawa insiden tarikh konsert dan aksi Harimau Malaya yang bertindih tidak boleh berlaku kerana FAM telah membuat tempahan awal kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengikut tarikh perlawanan skuad kebangsaan yang dijadual dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Tarikh kelayakan Piala Dunia 2026, Piala Asia 2027 dan konsert itu masing-masing dijangka berlangsung pada 16, 21 dan 22 November depan.

Isu sama pernah berlaku pada Januari lalu apabila penyokong bola sepak tanah air berang selepas 21,000 tempat duduk bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di stadium itu terpaksa dikosongkan bagi memberi laluan kepada pembinaan pentas konsert penyanyi terkemuka dari Taiwan, Jay Chou.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED