Translate

11 March 2021

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 11 Mac 2021


Kenyataan Akhbar KPK 11 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

11 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 2,104 kes (300,620 kes kumulatif, 94.1%);
  • Kes baharu : 1,647 kes (319,364 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (3 warganegara; 2 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,642 kes [1,102 warganegara (67.1%); 540 bukan warganegara (32.9%)];
  • Kes aktif : 17,544 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 147 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 61 kes;dan
  • Kes kematian : 9 kes (1,200 kes kumulatif, 0.38%; 9 warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 712 kes (43.23 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 619 kes (86.94 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 170 kes (10.32 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 169 kes (10.26 peratus).

Sebanyak116 kes (7.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Machap Umboo (67 kes), Kluster Tembok Tapah (38 kes), Kluster Tembok Mempaga (5 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (3 kes), Kluster DTI Persiaran Wawasan (2 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes di Selangor, dua (2) kes di Johor, dan masing-masing satu (1) kes di Perak, Kelantan, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 11 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,222 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 5 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 782 kluster (termasuk 14 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Dialisis Masjid Tanah, Kluster Taman Bukit Petaling, Kluster Yayasan, Kluster Kampung Tanjung Selabu, Kluster Jalan Raja Muar, Kluster Jalan Berhala, Kluster Sri Menanti, Kluster Jalan Pengiran, Kluster Lebuh Karak, Kluster Tapak Bina Jalan Puchong, Kluster Tapak Bina Jalan Chulan, Kluster Sri Muda, Kluster Taman Murni, dan Kluster Taman Ikan Jinak);
  • Jumlah kluster aktif : 440 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 65 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Queens Waterfront (70 Kes), Kluster Industri Sungai Gadut (68 kes), dan Kluster DTI Machap Umboo (67 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tiga (3) kluster berkaitan tempat kerja, serta masing-masing satu (1) kluster berkaitan komuniti dan pusat tahanan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Teknologi TenggaraJohorTempat Kerja
2Jalan Masyhur EnamJohorTempat Kerja
3Tapak Bina Jalan KenanganSelangorTempat Kerja
4DTI Machap UmbooMelakaPusat Tahanan
5Jambatan Satu BombalaiSabahKomuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

11 Mac 2021 @ 5.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 11 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR712 (1)107,117
SABAH6153,736
JOHOR170 (2)38,729
WP KUALA LUMPUR86 (1)36,098
NEGERI SEMBILAN7916,643
PULAU PINANG16912,968
PERAK6912,125
SARAWAK168 (1)11,878
KEDAH187,797
MELAKA716,142
KELANTAN  285,236
PAHANG73,928
TERENGGANU43,342
WP LABUAN12,265
WP PUTRAJAYA21,094
PERLIS2266
JUMLAH KESELURUHAN1,647 (5)319,364

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,647 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 11 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 712 kes 
    • 141 kes daripada kluster-kluster, termasuk 31 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Kenangan;
    • 478 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 92 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 170 kes  
    • 102 kes daripada kluster-kluster, termasuk 51 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Masyhur Enam dan Kluster Teknologi Tenggara;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 169 kes 
    • 107 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 168 kes
    • 42 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 94 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 86 kes  
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 50 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 79 kes
    • 73 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 71 kes
    • 68 kes daripada kluster-kluster, termasuk 67 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster DTI Machap Umboo; dan
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Perak: 69 kes
    • 46 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 61 kes 
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jambatan Satu Bombalai;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 28 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 18 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • PahangTujuh (7) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Terengganu: Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes  daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Perlis: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan sembilan (9) kes kematian pada 11 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1192209050PerakPerempuan (WN)58Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohPenyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kronik
1193267640SelangorLelaki (WN)64Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dislipidemia, dan strok
1194292849WP Kuala LumpurPerempuan (WN)67Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
1195298748SelangorLelaki (WN)78Hospital SerdangPenyakit darah tinggi dan jantung
1196312014SelangorLelaki (WN)71Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1197313561SelangorLelaki (WN)73Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1198314337JohorPerempuan (WN)75Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1199314949KelantanPerempuan (WN)48Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1200317110JohorPerempuan (WN)58Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatPenyakit kencing manis

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN KENANGAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Kenangan, Pekan Meru KU/8, Klang. Sehingga 11 Mac 2021, sejumlah 121 individu telah disaring, di mana 31 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TEKNOLOGI TENGGARA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-312773) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kluang, Batu Pahat. Sehingga 11 Mac 2021, sejumlah 146 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MASYHUR ENAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Masyhur 6, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 11 Mac 2021, sejumlah 173 individu telah disaring, di mana 52 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DTI MACHAP UMBOO

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan tahanan-tahanan di DTI Machap Umboo yang terletak di Jalan Alor Gajah-Selandar, Kampung Permai, Alor Gajah. Sehingga 11 Mac 2021, sejumlah 530 individu telah disaring, di mana 83 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JAMBATAN SATU BOMBALAI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kalabakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-296950) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Jambatan 1, Bombalai, Kalabakan. Sehingga 11 Mac 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED