Translate

13 March 2021

Polis Menahan Seorang Lelaki Selepas Aksi Kejar Mengejar Sebuah MPV Honda Odyssey (Video)

                       

Polis Kejar Kereta Bawa Dadah Syabu!!..
POLIS TAHAN LELAKI SELEPAS AKSI KEJAR MENGEJAR

MARAN, 11 MAC 2021 – Pihak Polis Diraja Malaysia telah menahan seorang lelaki selepas aksi kejar mengejar sebuah kenderaan M/MPV jenis Honda Odyssey selepas bertindak di luar kawalan dan cubaan melepaskan diri daripada ditahan dan diperiksa oleh pihak Polis di Felda New Zealand di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Maran , DSP Norzamri bin Abd Rahman berkata, lelaki yang berusia 25 tahun itu, ditahan setelah polis berjaya memberkas saspek apabila M/MPV saspek terbabas di lokasi kejadian.

Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku pada 11/03/2021 lebih kurang jam 3.20 petang semasa anggota Polis Trafik IPD Kuantan dalam penugasan Ronda Cegah Kemalangan telah terserempak dengan sebuah M/MPV Jenis Honda Odyssey di Jalan Tanah Putih (Berhampiran Pasaraya Giant) Kuantan, dimana saspek yang memandu M/MPV tersebut sedang menggunakan alat telekomunikasi dan menggunakan plat kenderaan yang kabur serta fancy.

Anggota tersebut cuba menahan dan mengarahkan M/MPV untuk memberhentikan kenderaannya bagi tujuan pemeriksaan, tetapi saspek tersebut terus memecut melarikan diri ke arah Jalan Kuantan - Maran .

Anggota tersebut telah menghubungi DCC Kuantan untuk bantuan Kereta Peronda (MPV) bagi mengejar M/MPV tersebut. DCC Kuantan juga telah mendapatkan bantuan DCC Maran. Apabila sampai di persimpangan lampu isyarat Tol Maran, MPV IPD Maran telah membuat sekatan dan halangan. Saspek telah bertindak berpatah balik membuat pusingan U lalu meluru ke arah anggota Polis Trafik tadi secara merbahaya. Anggota tersebut telah melepaskan tembakan ke arah tayar hadapan M/MPV saspek.

Walau bagaimanapun, M/MPV saspek berjaya meloloskan diri dan turut melanggar sebuah motokar yang berada di kawasan tersebut, sebelum melarikan diri menghala ke arah Sri Jaya. M/MPV saspek telah terbabas di kawasan berhampiran Ladang Kelapa Sawit Felda New Zealand dan saspek satu Lelaki Melayu telah berjaya diberkas oleh pihak Polis.

Hasil pemeriksaan di dalam M/MPV saspek tersebut, pihak Polis telah menjumpai satu paket plastik lutsinar mengandungi barang disyaki dadah jenis syabu. Pemeriksaan ke atas M/MPV tersebut juga mendapati kenderaan tersebut tidak berdaftar, mempamerkan LKM palsu dan mempamerkan nombor pendaftaran palsu.

Hasil semakan ke atas saspek mendapati saspek mempunyai rekod lampau berkait kes Jenayah dan Dadah. Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati saspek positif dadah jenis “methamphetamine”.

Kes disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan (Menghalang Penjawat Awam), Sek. 12(2) ADB 1952 (Memiliki Dadah), Sek. 42 APJ 1987 (Memandu Secara Melulu), Sek. 108(3)(a) APJ 1987 (Pamer LKM Palsu), Sek. 108(3)(f) APJ 1987 (Pamer No Pendaftaran Kenderaan Lain), dan Sek 7(1) APJ 1987 ( Mengguna Kenderaan Tidak Berdaftar).

Saspek telah ditahan reman dibawah Sek. 117 KPJ sehingga 15 Mac 2021 untuk siasatan lanjut.

Deputi Superintenden Polis Norzamri bin Abd Rahman
KETUA POLIS DAERAH
MARAN.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED