Astro Awani
10/3/2021
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha meninggalkan sekumpulan petugas media dalam keadaan terpinga-pinga pada Selasa apabila beliau mengakhiri sesi sidang medianya dengan menyemburkan cecair sanitasi tangan ke arah wartawan kerana tidak mahu emnjawab soalan yang tidak disukainya.
Media tempatan melaporkan, Prayuth kecewa apabila ditanya tentang senarai calon yang berpotensi untuk menisi jawatan Kabinet negara itu, susulan tindakan memenjarakan tiga daripada menterinya kerana terlibat dalam protes menentang kerajaan tujuh tahun lalu.
"Tak ada perkara lainkah hendak ditanya?" ujar Prayuth semasa di podium. "Saya tidak tahu, saya belum melihatnya (senarai nama). Bukankah itu suatu yang Perdana Menteri perlu lihat dahulu?"
Dalam taklimat yang disiar secara langsung itu, Prayuth meninggalkan podiumnya mengambil sebotol penyembur cecair sanitasi tangan, berjalan dengan bersahaja ke arah kumpulan wartawan di hadapannya dan menyembur setiap daripada mereka sambil menekup mulut dan hidungnya dengan pelitup muka.
Tindakan itu bagaimanapun tidak membuatkan wartawan berganjak, malah terus merakamkan aksi Perdana Menteri mereka menggunakan peranti kamera masing-masing.
Sifat dan mood Prayuth yang aneh serta tidak menentu memang tidak asing lagi. Beliau memang sangat terkenal dengan aksi sebegitu terhadap wartawan, kadang-kadang santai dan adakalanya lucu. Reaksi sinis atau marah kepada wartawan bukan sesuatu yang baharu.
Sebelum ini, beliau menggunakan taktik lain untuk mengelakkan diri daripada menjawab soalan yang tidak disenangi daripada wartawan.
Jeneral tentera itu meninggalkan sekeping kadbod imej dirinya dengan saiz sebenar untuk wartawan yang mahu bertanyakan soalan.
"Tanya saja pada dia!" kata Prayuth sambil menunjuk pada kepingan kadbod itu.
At the end of today’s weekly post-cabinet meeting presser, PM @prayutofficial was asked yet again about specific names in the next cabinet reshuffle - instead he sprays the entire first row of the press with alcohol spray... pic.twitter.com/w6mDluxQMU
— Saksith Saiyasombut (@SaksithCNA) March 9, 2021