Lagi Hotel Yang Menawarkan Aktiviti Pelacuran Diserbu DBKL
Info Roadblock JPJ/POLIS
10/3/2021
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) meneruskan lagi Operasi Tindakan Khas Terhadap Hotel Yang Menawarkan Aktiviti Pelacuran di Jalan Manis, Taman Segar, Cheras Kuala Lumpur pada lewat petang semalam (9 Mac 2021).
Menerusi maklumat dan aduan awam yang diterima, DBKL telah membuat risikan awal terlebih dahulu dan mendapati berlakunya aktiviti tidak bermoral (pelacuran) di dalam premis hotel tiga tingkat tersebut yang melibatkan 19 buah bilik dijadikan tempat urut dan aktiviti seks. Hasil semakan mendapati premis tersebut mempunyai lesen yang sah daripada DBKL tetapi telah menyalahgunakannya.
Hasil serbuan terhadap premis hotel tersebut mendapati seramai 6 orang wanita warga Vietnam sebagai tukang urut (disyaki terlibat sebagai pekerja seks). Manakala 1 orang warga tempatan sebagai penjaga premis turut ditahan dan diambil keterangan bagi proses dokumentasi DBKL.
Tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan 1 Notis Pemberitahuan Tentang Kesalahan menerusi Seksyen 29 Akta Hotel (WPKL) 2003 dan tindakan sita ke atas 50 pelbagai peralatan premis turut dilakukan (kondom, minyak pelincir dan lain-lain peralatan).
Tindakan ini dilakukan di bawah Akta Hotel (WPKL) 2003 mengikut bidang kuasa serta S.O.P DBKL.
Operasi dan kerjasama awam ini akan diteruskan dari masa ke semasa
http://ispaaadbkl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do
Source: Info Roadblock JPJ/POLIS