Translate

11 March 2021

Hayati Peristiwa Israk Misraj Dalam Mencari Kebaikan - PM Muhyiddin


Hayati peristiwa Israk Misraj dalam mencari kebaikan - PM Muhyiddin

Astro Awani
10/3/2021

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru umat Islam di seluruh negara untuk menghayati makna di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj.

Ujarnya, meskipun diuji dalam tempoh pandemik COVID-19, setiap umat tidak harus berhenti dalam mencari pahala tetapi berhenti melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.

"Kepada muslim dan muslimat, marilah bersama-sama menghayati makna dan ruh di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj agar kita semua diberkati dan dirahmati Allah di dunia dan akhirat.

"Pada setiap 27 Rejab, umat Islam biasanya akan meraikan sambutan ini dengan pelbagai acara seperti ceramah, forum perdana, takzirah dan sebagainya.

"Situasi semasa COVID-19 menyaksikan sambutan ini terpaksa diraikan dalam suasana norma baharu dan bersederhana. Namun saya percaya peristiwa besar perjalanan penuh mukjizat Rasulullah SAW ini dapat dihayati sebaik-baiknya oleh seluruh umat," katanya menerusi satu posting yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau.

Tambahnya, penghayatan peristiwa Israk dan Mikraj oleh setiap umat Islam mudah-mudahan dapat menjadikan akhlak manusia lebih murni dalam melakukan kebaikan serta meninggalkan kemungkaran.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hayati-peristiwa-israk-misraj-dalam-mencari-kebaikan-pm-muhyiddin-287318

Salam Israk Mikraj 1442H /2021M Kepada semua muslimin dan muslimat, marilah sama-sama kita menghayati makna dan ruh di...

Posted by Muhyiddin Yassin on Wednesday, March 10, 2021

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED