Translate

28 February 2021

28 individu dan dua pemilik premis futsal di Gombak dikompaun kerana tidak patuh SOP


28 individu dan dua pemilik premis futsal dikompaun kerana tidak patuh SOP - Polis

Astro Awani
28/2/2021

KUALA LUMPUR: 28 individu sedang asyik bermain futsal di sebuah premis di Gombak dikompaun selepas didapati tidak mematuhi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung perkara itu kira-kira jam 8.30 malam.

"Pada 27 Februari 2021, kira-kira jam 8.30 malam, pihak polis terima aduan orang awam bahawa terdapat sekumpulan orang bermain futsal di premis dengan tiada pematuhan SOP PKP.

"Bertindak atas aduan itu, team Taskforce Pemantauan Pematuhan PKP IPD Gombak telah menjalankan pemeriksaan dapati 28 orang berumur antara 19-23 tahun gagal mematuhi SOP iaitu penjarakan fizikal dan akitiviti yang masih tidak dibenarkan dalam sektor sukan dan rekreasi," katanya.

Susulan itu, kesemua individu terbabit termasuk dua pemilik premis telah dikenakan kompaun atas kesalahan tidak mematuhi SOP ditetapkan.

Kejadian itu tular di laman sosial sejak pagi Ahad apabila rata-rata netizen mempersoal tindakan pihak berkuasa mengenakan kompaun terhadap individu bermain futsal.

Mengikut rekod, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan kebenaran aktiviti sukan bermula 12 Februari lalu.

Bagaimanapun, setiap aktiviti sukan hendaklah dilakukan tanpa sentuhan fizikal.

Manakala penggunaan fasiliti sukan dan rekreasi komersial melibatkan pusat kecergasan, gimnasium, dewan badminton dan futsal hendaklah secara penjadualan dan tempahan.

Penggunaan secara 'walk-in' tidak dibenarkan.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 2 mins ago
A visitor from Ho chi minh city viewed 'Sanggup bergelap, berpanas takut dicekup imigresen' 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Shahnaz Abdul Majid awarded RM30 million following' 33 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BN menang besar, majoriti 5,006 u' 37 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Mitsubishi Triton langgar lari wanita hing' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 48 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis masih belum dapat mengenal pasti jenis senja' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 49 mins ago