Translate

28 February 2021

509 Individu Ditahan Atas Kesalahan Ingkar SOP PKP

Ingkar SOP PKP: 509 lagi individu ditahan

Astro Awani
28/2/2021

KUALA LUMPUR: Individu yang ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat kepada 509 individu pada Sabtu berbanding 326 individu pada hari sebelumnya.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 472 individu dikompaun, manakala 37 lagi direman.

Mengikut kategori kesalahan, aktiviti pusat hiburan merekodkan kes tertinggi iaitu 114 diikuti kesalahan tidak memakai pelitup muka sebanyak 94 kes.

"Manakala, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan sebanyak 92; 91 kes tiada penjarakan fizikal, serta 58 kesalahan melibatkan rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran.

"Premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran pula sebanyak 44 kes; aktiviti perjudian sebanyak dua kes serta ingkar arahan kuarantin dan lain-lain masing-masing satu dan tiga belas kes," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri berkata seramai tujuh pendatang tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Benteng dengan tiga kenderaan darat serta satu bot atau kapal dirampas.

Selain itu, sebanyak 411 sekatan jalan raya (SJR) dilakukan di seluruh negara.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Des moines viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 8 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh pelajar MRSM terlibat kes buli disyor tamat ' 12 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Mungkin anda terkena serang' 18 mins ago
A visitor from San jose viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 18 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 19 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Kesesakan di Lebuhraya KL-Karak dijangka berterusa' 19 mins ago
A visitor from Washington viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 19 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 19 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Mungkin anda terkena serang' 20 mins ago