Translate

28 February 2021

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 27 Februari 2021


Kenyataan Akhbar KPK 28 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

28 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,251 kes (273,417 kes kumulatif, 90.9%);
  • Kes baharu : 2,437 kes (300,752 kes kumulatif);
  • Kes import : 2 kes (1 warganegara; 1 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,435 kes [1,226 warganegara (50.3%); 1,209 bukan warganegara (49.7%)];
  • Kes aktif : 26,205 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 202 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 93 kes; dan
  • Kes kematian : 9 kes (1,130 kes kumulatif, 0.38%; 8 warganegara; 1 bukan warganegara).

Negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 914 kes (37.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 823 kes (90.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 340 kes (14.0 peratus) dan Perak sebanyak 337 kes (13.8 peratus).

Sebanyak 85 kes (3.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (77 kes), Kluster Tembok Taiping (3 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (2 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (2 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga (3) kes di  Selangor, dua (2) di Sarawak, serta masing-masing satu (1) kes di Melaka, Kelantan, Perak dan Johor. Sebanyak lapan (8) kes melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 28 Februari 2021:

  • Jumlah kluster : 1,138 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 647 kluster (termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Rami Tiga, Kluster Lingkaran Maluri, dan Kluster Sri Plentong);
  • Jumlah kluster aktif : 491 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 89 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Perusahaan Jalan Bukit (262 kes), Kluster Tapak Bina Bukit Kiara (180 kes), dan Kluster Jalan Tasek Avenue (166 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini dan kesemua kluster ini berkaitan tempat kerja.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Timah TigaJohorTempat Kerja
2Jalan Tanjung EmpatJohorTempat Kerja
3Jalan Desa TropikaJohorTempat Kerja
4Batu EmpatJohorTempat Kerja
5Perusahaan Jalan BukitSelangorTempat Kerja
6Industri WajaSelangorTempat Kerja
7Jalan SelisikSelangorTempat Kerja
8Tapak Bina Bukit KiaraWP Kuala LumpurTempat Kerja
9Jalan Sungai BaongPulau PinangTempat Kerja

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

28 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 28 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR914 (1)99,893
SABAH13452,886
JOHOR34035,957
WP KUALA LUMPUR33734,973
NEGERI SEMBILAN6515,809
PULAU PINANG10511,488
PERAK28711,221
SARAWAK171 (1)9,545
KEDAH137,611
MELAKA105,975
KELANTAN  334,882
PAHANG113,788
TERENGGANU123,196
WP LABUAN22,253
WP PUTRAJAYA31,063
PERLIS0212
JUMLAH KESELURUHAN2,437 (2)300,752

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Kes positif 2,437 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 28 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 914 kes 
    • 430 kes daripada kluster-kluster, termasuk 307 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perusahaan Jalan Bukit, Kluster Industri Waja, dan Kluster Jalan Selisik;
    • 393 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 90 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 340 kes  
    • 192 kes daripada kluster-kluster, termasuk 44 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu Empat, Kluster Jalan Timah Tiga, Kluster Jalan Tanjung Empat, dan Kluster Jalan Desa Tropika;
    • 69 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 79 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 337 kes  
    • 227 kes daripada kluster-kluster, termasuk 180 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Bukit Kiara;
    • 59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 51 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 287 kes
    • 279 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 171 kes
    • 44 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 70 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 56 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 134 kes 
    • 71 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 105 kes 
    • 31 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sungai Baong;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 54 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 65 kes
    • 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 33 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada;
    • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 13 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 12 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 11 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 10 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga (3) kes  
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes  
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan sembilan (9) kes kematian pada 28 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1122197941MelakaPerempuan (WN)69Hospital MelakaPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1123209226SarawakLelaki (WN)81Hospital SibuPenyakit darah tinggi dan kencing manis
1124271916SarawakPerempuan (WN)79Hospital BintuluPenyakit darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik
1125272051KelantanLelaki (WN)68Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala KraiPenyakit kencing manis
1126280631SelangorLelaki (WN)64Hospital Kuala LumpurPenyakit darah tinggi, kencing manis, jantung, dan buah pinggang kronik
1127296200SelangorPerempuan (WN)88Pusat Perubatan Univerisiti MalayaOsteoporosis
1128296663SelangorLelaki (WN)57Hospital SelayangPenyakit darah tinggi, kencing manis, dislipidemia, obesiti, dan buah pinggang kronik
1129297934PerakLelaki (WN)69Hospital TaipingPenyakit darah tinggi dan kencing manis
1130270974JohorPerempuan (BWN)102Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 4

Perincian sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN TIMAH TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-281756) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Timah 3, Pasir Gudang Industrial Estate, Johor Bahru. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 255 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TANJUNG EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tanjung A/4, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 66 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN DESA TROPIKA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Desa Tropika 1/1, Taman Perindustrian Tropika, Johor Bahru. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BATU EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-284793) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Batu 4, Jalan Kluang, Batu Pahat. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 55 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERUSAHAAN JALAN BUKIT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perusahaan Bukit Angkat, Kajang, Hulu Langat. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 699 individu telah disaring, di mana 262 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDUSTRI WAJA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Waja 16, Kawasan Perindustrian Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 248 individu telah disaring, di mana 45 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SELISIK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Selisik, Shah Alam. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA BUKIT KIARA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Bukit Kiara 1, Kepong. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 250 individu telah disaring, di mana 181 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SUNGAI BAONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Sungai Baong, Furniture Industrial Estate, Seberang Perai Selatan. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana 40 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED