Translate

27 February 2021

ADUN Amanah Di Johor Sertai PKR

         
Adun Amanah di Johor sertai PKR

Astro Awani
27/2/2021

KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat dari Parti Amanah Negara (Amanah) disahkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senggarang,Khairuddin A. Rahim dilaporkan telah memohon untuk menyertai PKR sejak September tahun lalu.

Khairuddin mengesahkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan pada Sabtu dan menjelaskan beliau kini menyertai PKR Cabang Batu Pahat.

"Saya telah memohon untuk menyertai Keadilan pada bulan September 2020 dan alhamdulillah telah diterima. No keanggotaan saya ialah J1100004520.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR dan semua pimpinan serta ahli Keadilan khusus kepada pimpinan Negeri Johor dan pimpinan Cabang Batu Pahat yang telah menerima keanggotaan saya.

"Insyaallah saya berjanji akan mematuhi segala arahan parti serta pimpinan dari masa ke semasa," katanya.

Sebelum ini dua wakil rakyat Amanah di Selangor iaitu Adun Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Adun Sabak, Ahmad Mustain Othman juga telah mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PKR.

Malaysiakini melaporkan dua lagi wakil rakyat Amanah di Johor, Adun Serom Faizul Amri Adnan dan Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit juga bakal mengikut jejak Khairuddin meninggalkan Amanah dan menyertai PKR.

Amanah dan PKR merupakan sekutu dalam Pakatan Harapan (PH) bersama DAP.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video Fathia Latiff Menari dengan g*ya yang sunggu' 24 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Perbandaran I' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Klang viewed 'CCTV video of gang-rape goes viral | BEST FBKL' 3 hrs 23 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Siasatan awal di' 4 hrs 12 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Eyka Farhana, Akhyar Rashid Diijabkabul | BEST FBK' 4 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 4 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 6 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 6 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 6 hrs 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zakuan diperin' 6 hrs 25 mins ago