Translate

25 February 2021

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 25 Februari 2021


Kenyataan Akhbar KPK 25 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

25 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 25 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,752 kes (263,761 kes kumulatif, 89.8%);
  • Kes baharu : 1,924 kes (293,698 kes kumulatif);
  • Kes import : 6 kes (2 warganegara; 4 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,918 kes [1,543 warganegara (80.4%); 375 bukan warganegara (19.6%)];
  • Kes aktif : 28,837 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 205 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 91 kes; dan
  • Kes kematian : 12 kes (1,100 kes kumulatif, 0.37%).

Sejak penguatkuasaan Ordinan Darurat pada 11 Januari 2021, Malaysia telah menunjukkan tren penurunan kes harian baharu secara konsisten dan pada hari ini buat pertama kalinya Malaysia kembali melaporkan kes harian kurang daripada 2,000 kes. Ini adalah merupakan perkembangan yang sangat positif dan diharapkan situasi semasa COVID-19 akan bertambah baik.

Negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 666 kes (34.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 527 kes (79.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 257 kes (13.4 peratus) dan Sarawak sebanyak 219 kes (11.4 peratus).

Sebanyak 105 kes (5.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (41 kes), Kluster Damai Pelangi (32 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (15 kes), Kluster Tembok Bendera (13 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes),  dan Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan sembilan (9) kes di Selangor, dua (2) kes di Sarawak, dan satu (1) kes di  Pulau Pinang. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 25 Februari 2021:

  • Jumlah kluster : 1,111 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 612 kluster (termasuk 18 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Bali Residence, Kluster Kapital, Kluster Anak Air, Kluster Jalan Suria, Kluster Medan Jasa, Kluster Jalan Kejora, Kluster Kafe Genting, Kluster Kampung Lebu, Kluster Jalan Pakat, Kluster Jalan Medini, Kluster Jalan Playar, Kluster Persiaran Selatan, Kluster Jalan Perak, Kluster Kayuh, Kluster Jalan Satria, Kluster Jalan Danau, Kluster Jalan Dewani Satu, dan Kluster Jalan Indah);
  • Jumlah kluster aktif : 499 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 93 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Perindustrian Pelepas (55 kes), Kluster Tanjung Suria (47 kes), dan Kluster Tembok Tapah (41 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan lima (5) kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster melibatkan komuniti, dan satu (1) kluster kumpulan berisiko tinggi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Industri 19SelangorTempat Kerja
2SS LapanSelangorTempat Kerja
3Industri Jalan EmpatSelangorTempat Kerja
4Jalan Putra SilangWP Kuala LumpurTempat Kerja
5Tapak Bina Indera MahkotaPahangTempat Kerja
6Kampung Mak TehPerakKomuniti
7Jalan Ho PinSarawakKomuniti
8Lorong MurniPulau PinangKumpulan Berisiko Tinggi

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

25 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 25 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR666 (2)97,484
SABAH9352,466
JOHOR25735,027
WP KUALA LUMPUR218 (3)34,397
NEGERI SEMBILAN6215,602
PULAU PINANG16211,135
PERAK12010,084
SARAWAK219 (1)8,869
KEDAH297,556
MELAKA225,935
KELANTAN  444,708
PAHANG193,748
TERENGGANU63,172
WP LABUAN42,251
WP PUTRAJAYA21,056
PERLIS1208
JUMLAH KESELURUHAN1,924 (6)293,698

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Kes positif 1,924 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 25 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 666 kes 
    • 187 kes daripada kluster-kluster, termasuk 43 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri 19, Kluster Industri Jalan Empat, dan Kluster SS Lapan;
    • 340 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 137 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 257 kes  
    • 107 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 90 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 60 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 219 kes
    • 54 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Ho Pin;
    • 59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 105 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 218 kes  
    • 53 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Putra Silang;
    • 98 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 64 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 162 kes 
    • 59 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lorong Murni;
    • 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 120 kes
    • 98 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Mak Teh;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 93 kes 
    • 34 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 62 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 44 kes
    • 15 kes daripada kluster sedia ada;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 29 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 22 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pahang: 19 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Indera Mahkota;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Enam (6) kes
    • Lima (5)daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Empat (4) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.


LAMPIRAN 3

Ringkasan 12 kes kematian pada 25 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1089166754SelangorLelaki (WN)52Hospital SerdangPenyakit darah tinggi, dislipidemia, gout, dan buah pinggang kronik
1090169896SelangorLelaki (WN)78Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dementia, dan buah pinggang kronik
1091169898SelangorPerempuan (WN)74Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
1092173302SelangorPerempuan (WN)59Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, strok, obesiti, dan buah pinggang kronik
1093191249SelangorPerempuan (WN)72Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
1094201327SelangorLelaki (WN)72Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, strok, dan buah pinggang kronik
1095214450SarawakLelaki (WN)91Hospital SibuPenyakit darah tinggi, strok, dan gout
1096279740SarawakPerempuan (WN)74Hospital SibuPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1097288782SelangorPerempuan (WN)82Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1098288792SelangorLelaki (WN)58Hospital Kuala LumpurPenyakit tuberkulosis dan adrenal insufficiency
1099288798SelangorLelaki (WN)63Jenazah dibawa ke Hospital Kuala LumpurPenyakit darah tinggi
1100291081Pulau PinangLelaki (WN)77Jenazah dibawa ke Hospital Balik PulauPenyakit kencing manis dan darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara

LAMPIRAN 4

Perincian lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER INDUSTRI 19

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di U19, Jalan Industri, Kampung Baru Sungai Buloh, Shah Alam. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 84 individu telah disaring, di mana 34 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SS LAPAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang, Kuala Selangor, dan Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di SS 8, Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 600 individu telah disaring, di mana 36 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDUSTRI JALAN EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat, Klang, dan Sepang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan P/4, Kawasan Perindustrian Bangi, Hulu Langat. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 193 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN HO PIN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Samarahan, Kuching, dan Serian di Sarawak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-279787) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Februari 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang berlangsung dari 11 Februari 2021 hingga 13 Februari 2021 di Kuching. Nama kluster merujuk kepada kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Ho Pin off Jalan Datuk Mohd Musa, Samarahan. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 120 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PUTRA SILANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong, Cheras, dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Bentong di Pahang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-276106) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Kasipillay, off Jalan Ipoh, Kepong. Nama kluster merujuk kepada alamat kediaman kes indeks iaitu di Jalan Silang, Taman Kepong Setia. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LORONG MURNI

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-287624) dilaporkan positif COVID-19  pada 23 Februari 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Lorong Murni 9, Taman Desa Murni, Seberang Perai Utara. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG MAK TEH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Batang Padang di Perak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-283224) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini iaitu di Kampung Mak Teh, Jalan Tapah, Batang Padang. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA INDERA MAHKOTA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-285746) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Kluster ini melibatkan sebuah tapak binaan yang terletak di Indera Mahkota 2, Kuantan. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 208 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED