Syabu RM4.28 juta ditinggalkan di tapak rumah lama
Harian Metro
23/2/2021
Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) merampas enam bungkusan plastik hitam mengandungi ketulan syabu seberat 107 kilogram (kg) membabitkan nilai RM4.28 juta.
Rampasan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota yang membuat risikan serta pemerhatian di kawasan tapak rumah lama yang terbakar sejak empat tahun lalu di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang jam 4 pagi Isnin.
Source: Harian Metro YouTube