Translate

26 February 2021

Video Viral - Dua Anggota Polis Terpaksa Melepaskan Beberapa Das Tembakan Ke Arah Tayar Kenderaan


 

Polis tembak kenderaan, pemandu dipercayai bertindak ganas

Astro Awani
26/2/2021

GOMBAK: Sebuah video tular memaparkan sebuah kereta merempuh beberapa kenderaan lain di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh di sini dalam usaha melarikan diri dari polis.

Menerusi video berdurasi satu minit 45 saat itu, dua anggota polis dipercayai terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kereta selepas dua lelaki enggan menyerah diri.

Harian Metro melaporkan, saksi kejadian berkata ia berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari apabila anggota polis cuba menahan dua lelaki yang menaiki sebuah kereta model Proton Waja.

Namun, pemandu kereta tersebut dipercayai bertindak agresif dengan merempuh kenderaan lain dan melarikan diri.

"Bagaimanapun dua lelaki itu enggan membuka pintu kereta dan menyerah diri. Pemandu kereta itu sebaliknya menekan minyak dan merempuh lori yang berada di hadapannya.

"Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat ketika kebanyakan kenderaan sedang berhenti susulan lampu merah," katanya.

Menurutnya, suspek yang didakwa cuba merempuh anggota polis menyebabkan dua anggota polis yang berada di lokasi kejadian melepaskan tembakan ke arah tayar hadapan kiri kereta itu.

Malah, kereta penjenayah turut mengundur dan merempuh beberapa kenderaan lain,
"Saya rasa anggota polis terbabit amat berdiplomasi dan menggunakan kekerasan minimum. 

Mereka tidak menembak penjenayah terbabit walaupun berpeluang melakukannya.

"Malah penjenayah akhirnya berjaya melarikan diri walaupun dalam keadaan tayar kenderaan pancit," katanya.

Berdasarkan maklumat, kereta penjenayah akhirnya ditemui ditinggalkan berhampiran MRT Damansara Damai.
"Dua penjenayah di dalamnya dipercayai melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran," katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Belfast viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 59 mins ago
A visitor from Makati city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Olongapo city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 3 hrs 45 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir Sebelum Di' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 4 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 5 hrs 9 mins ago
A visitor from Durham viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 5 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 5 hrs 40 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 30 mins ago