Translate

22 February 2021

PERMAI: 20,000 Pemandu Teksi, Kereta Sewa Terima Bantuan RM500 Bermula Hari Ini


PERMAI: 20,000 pemandu teksi, kereta sewa terima bantuan RM500 bermula hari ini - Tengku Zafrul

Astro Awani
22/2/2021

KUALA LUMPUR: Seramai 20,000 pemandu teksi dan kereta sewa menerima bayaran pertama Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) sebanyak RM500 bermula hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan tersebut telah dikreditkan ke dalam akaun pemandu-pemandu yang terlibat.

Manakala, baki 15,000 individu daripada kumpulan itu akan menerima bantuan tersebut secara berperingkat selewat-lewatnya pada 15 Mac depan.

"Baki 75,000 penerima termasuk pemandu e-hailing, bas sekolah dan bas persiaran akan mula menerima bantuan tersebut secara berperingkat mulai 26 Februari 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Justeru, kerajaan berharap agar bantuan ini akan membantu golongan tersebut sementara Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan.

"PICK melambangkan titik permulaan bagi pemulihan sektor pelancongan dan sektor-sektor lain yang amat terkesan oleh pandemik COVID-19," ujarnya.

Untuk rekod, kira-kira 110,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan kenderaan e-hailing sepenuh masa layak menerima bantuan tunai tersebut, melibatkan jumlah keseluruhan RM55 juta.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED