Translate

28 February 2021

Sepasang Suami Isteri Ke Tali Gantung, Bunuh Anak Sendiri Berusia 22 Tahun

Bunuh anak kandung sendiri, pasangan suami isteri dihukum gantung  

Bunuh anak sendiri, sepasang suami isteri ke tali gantung

Astro Awani
28/2/2021

KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati manakala dua lagi anak pasangan itu dilepaskan dan dibebaskan dalam pertuduhan membunuh seorang gadis yang juga ahli keluarga mereka.

Hukuman itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Datuk Zainal Azman Abd Aziz ke atas Anuar Yusof, 55 tahun, serta isterinya Murni Ahmad, 40 tahun, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Beliau bagaimanapun melepaskan dan membebaskan dua anak mereka, Siti Sarah Anuar, 26, dan adiknya Amir Sharif Anuar, 19, daripada pertuduhan sama.

Mengikut pertuduhan, empat beranak itu didakwa telah membunuh seorang remaja perempuan yang bernama Siti Hajar Anuar yang berusia 22 tahun ketika kejadian.

Kesalahan itu dilakukan pada 26 April 2016 kira-kira jam 10.45 malam di sebuah rumah di Jalan Air Putih, Taman Semarak, Kemaman,

Dengan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 35 akta sama.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud dan kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Masliela Ismail daripada Tetuan Ghazali Ismail & Co.

Sebelum ini, media melaporkan punca kematian seorang gadis yang memiliki berat badan cuma 18 kilogram terbongkar apabila mangsa dipercayai meninggal dunia akibat didera oleh keluarganya.

Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia kerana jangkitan kuman selain sebahagian besar tubuhnya mempunyai kesan gigitan manusia.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 18 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from San jose viewed 'June 2016' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from San jose viewed 'September 2021' 2 hrs 58 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Datuk Suhaimi Willing To Forgive Blogsites For Pub' 2 hrs 58 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Tan Sri Shukry removed as the Bank Rakyat board ch' 2 hrs 58 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Harga telur kekal stabil walaupun subsidi dikurang' 2 hrs 58 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 2 hrs 59 mins ago