Translate

26 April 2025

Pemandu Mitsubishi Triton langgar lari wanita hingga maut ditahan



Pemandu Mitsubishi Triton langgar lari wanita hingga maut ditahan

April 26,2025

BERNAMA

KEADAAN motosikal mangsa yang dirempuh kenderaan pacuan empat roda. FOTO ihsan Polis


Melaka: Polis menahan seorang pemandu kereta pacuan empat roda dipercayai terlibat dalam kes langgar lari mengakibatkan seorang pembonceng motosikal maut ketika sedang berhenti di lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Balai Panjang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 50 tahun yang memandu Mitsubishi Triton dalam kemalangan itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah pada 12.50 tengah hari tadi.

"Darah suspek diambil untuk ujian toksikologi bagi mengesan kehadiran alkohol selain saringan air kencing.

"Suspek ditahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Ayer Keroh esok," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam kemalangan kira-kira 11 malam tadi, mangsa Roslinah Sinan, 53, yang menaiki motosikal ditunggang suaminya Hisham Omar, 57, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Beliau berkata, Hisham yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan, manakala pemandu Mitsubishi Triton pula tidak mengalami kecederaan dan melarikan diri selepas melanggar mangsa.

Christopher berkata, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal Honda Wave 125 dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal ke kedai makan di Balai Panjang.

Beliau berkata, bagaimanapun ketika motosikal berkenaan berhenti di lampu isyarat di lokasi kejadian, motosikal dinaiki dirempuh dari arah belakang oleh kereta pacuan empat roda yang datang dari arah Malim ke Bachang.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Suami isteri berdepan detik cemas kereta langgar g' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'An Exclusive Taste of Japan with Chef Fukuda Koji ' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Langkah Ke Depan PKR Lesu Atau... #skopmg | BEST F' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu lori direman empat hari |' 23 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 27 mins ago
A visitor from Klang viewed 'An Exclusive Taste of Japan with Chef Fukuda Koji ' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'CelcomDigi, MoF Inc, YTL, Maxis & DNB meterai perj' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump reveals 'most exciting part' of the China de' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Langkah Ke Depan PKR Lesu Atau... #skopmg | BEST F' 1 hr 33 mins ago