Translate

30 December 2020

Abdul Aziz Dilantik Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Yang Baharu

Abdul Aziz dilantik Pengerusi MAIS yang baharu

BERNAMA
30/12/2020 


SHAH ALAM, 30 Dis -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang baharu berkuat kuasa Jumaat ini (1 Jan).

Pelantikan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu adalah bagi menggantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi, yang akan tamat tempoh perkhidmatan esok, selepas mempengerusikan MAIS sejak 2018.

Pelantikan itu disempurnakan dalam satu istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS bagi sesi 2021-2023 dan Ahli Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (LZS) serta Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, di Istana Bukit Kayangan di sini.

Pada istiadat sama, baginda turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan lima anggota MAIS yang baharu bagi sesi 2021-2023 iaitu Timbalan Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir; bekas timbalan ketua Polis Negara Tan Sri Mazlan Mansor; Pengerusi Lembaga Permodalan Wakaf Nasional Berhad Tan Sri Hashim Meon dan dua kerabat Diraja Selangor iaitu Tengku Seri Paduka Shah Bandar Tengku Datuk Ardy Esfandiari Tengku Abdul Hamid Shah, serta Datuk Kurnia Bakti Diraja Datuk Mohd Effendi Abdullah, yang juga Bendahari Kehormat Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR).

Pelantikan baharu yang diketuai Abdul Aziz itu, menjadikan jumlah keseluruhan anggota MAIS bagi sesi 2021-2023 adalah 21 orang.

Sultan Sharafuddin juga berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada 11 Ahli Pemegang Amanah LZS sesi 2021-2023, didahului Pengerusi Pemegang Amanah LZS Tan Sri Syed Anwar Syed Jamalullail, Timbalan Pengerusi Pemegang Amanah LZS Tan Sri Ambrin Buang dan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS.

Kesemua pelantikan tersebut berkuat kuasa Jumaat ini hingga 31 Dis 2023.

Sultan Sharafuddin turut menyampaikan watikah pelantikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor baharu, Mohamad Khalid Share @ Shaii, yang berkuat kuasa 16 Dis lalu.

Turut berangkat ke istiadat berkenaan adalah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Peats ridge viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 4 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'CCTV rakam 'mangsa dalam longkang, saksi berlari' ' 13 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 5 hrs 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 5 hrs 41 mins ago
A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 6 hrs 40 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 6 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 7 hrs 29 mins ago