Translate

29 December 2020

Sindiket Seludup Dadah Ke Indonesia Tumpas, Syabu Bernilai RM1.07 Juta Dirampas

                        


Empat berdepan hukuman gantung  

Sindiket seludup dadah ke Indonesia tumpas, syabu bernilai RM1.07 juta dirampas

BERNAMA
29/12/2020 

JOHOR BAHRU, 29 Dis —Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah ke Indonesia dan merampas syabu bernilai RM1.07 juta, menerusi empat serbuan di Muar dan bandar raya ini pada 26 dan 27 Dis.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, empat lelaki warga tempatan berusia 30 hingga 41 tahun, turut ditahan dalam operasi khas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Johor Bahru dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor bermula pukul 6.30 petang sehingga 6.30 pagi itu.

Katanya, suspek yang ditahan masing-masing dipercayai berperanan sebagai ‘runner’ dan penjaga dadah.

Menurutnya, modus operandi sindiket itu adalah dengan menyembunyikan dadah di tempat penyimpanan tayar dan peralatan membaiki kenderaan.

“Sindiket ini dikesan beroperasi sejak awal Disember ini, yang mana modus operandi sindiket adalah dengan menyembunyikan dadah dalam kenderaan bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Kemudian, dadah ini dihantar ke Indonesia dengan menggunakan bot melalui jalan laut untuk kegunaan pasaran tempatan di negara itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata turut dirampas dalam serbuan itu adalah dua kenderaan, serta tiga liter air ketum dan daun ketum bernilai RM34.80 serta peralatan memproses ketum yang mana ia dikenal pasti untuk pasaran tempatan.



Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif methamphetamine, namun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 27 Dis untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Nevada viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 3 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 3 hrs 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 3 hrs 27 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 3 hrs 32 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 3 hrs 40 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 4 hrs 4 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 4 hrs 14 mins ago