Translate

29 December 2020

Mekanik Hilang Dihanyut Arus Di Sungai Benus


Mekanik hilang dihanyut arus di Sungai Benus

BERNAMA
29/12/2020 

KUANTAN, 29 Dis -- Seorang mekanik dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Benus, Bentong kira-kira 185 kilometer dari sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan Tan Kok Meng, 59, pada kira-kira pukul 7.30 malam.

Beliau berkata berdasarkan laporan, Tan dikatakan ke lokasi berkenaan bagi membantu rakannya mengikat tali di pokok yang terletak di tepi sungai bagi menggerakkan jentera penyedut pasir.

"Semasa menyeberangi sungai bersama tali, mekanik itu dikatakan terus dihanyutkan arus deras tanpa sempat menyelamatkan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata usaha mencari diteruskan hari ini dengan jarak pencarian sejauh lima kilometer dari lokasi lelaki itu dihanyutkan, melibatkan 40 anggota SAR yang terdiri daripada anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 43 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Local Telegram Group "V2K" spreading women's photo' 55 mins ago
A visitor from Perm viewed 'A woman, who was filmed making out with a man in t' 56 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Penduduk terjejas dak' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Dallas viewed 'PM Anwar tiba di Tawau untuk rasmi penutupan PMR 2' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Sachsen viewed 'Perdana Menteri dijadual rasmi majlis penutupan PM' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Warga Emas Dilanggar Di Restoran Makanan Segera Me' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PM Anwar tiba di Tawau untuk rasmi penutupan PMR 2' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 3 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Di mana Jho Low? Hanya 25 in' 3 hrs 19 mins ago