Translate

31 December 2020

Kanak-Kanak Lelaki Dua Tahun Terperangkap Dalam Kereta Di Muar

                   
Kanak-kanak lelaki dua tahun terperangkap dalam kereta di Muar


BERNAMA
31/12/2020


JOHOR BAHRU, 30 Dis -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terperangkap di dalam sebuah kereta berdekatan sebuah stesen minyak di Jalan Sulaiman, Kampung Parit Baru dekat Muar petang tadi.

Ketua Balai Bomba Penyelamat Muar Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Jefri Jamal berkata dalam kejadian yang dilaporkan pada kira-kira 4.33 petang itu, Muhammad Ammar Najwan Ahmad Kamal dipercayai sedang tidur di dalam kereta jenis Nissan X-Trail.

"Satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan dua Unit Rapid Intervention Motorcycle Team (RIM) dari Muar dengan kekuatan keseluruhan seramai 14 anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

"Kita dapati kanak-kanak itu terjaga dan terkunci dari dalam. Sebelum itu, emaknya pergi ke kedai berhampiran kerana anaknya tidur, bila sampai ke kereta kembali, anaknya terjaga dan pintu terkunci dipercayai tertekan oleh anaknya," kata beliau ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh lima minit menggunakan peralatan khas dan berada dalam keadaan baik.

Mangsa kemudian diserahkan kepada ibu bapanya dan operasi menyelamat tamat pada 4.49 petang.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Putrajaya viewed 'Pemandu kereta merah tampil' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Trafik sesak di Lebuhraya KL-Karak, pe' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu lori cedera diserang harimau kumbang di Bu' 36 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Shereen raih emas acara 400m di Amerika Syarikat |' 48 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pengurus syarikat rugi RM703,000 terperdaya pelabu' 51 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 1 hr 53 mins ago