Translate

29 December 2020

Waspada Skim Pelaburan Fellowship Business Venture, Tiada Kelulusan - SKM

                            

Waspada skim pelaburan FBV, tiada kelulusan - SKM

BERNAMA
29/12/2020 

KUALA LUMPUR, 29 Dis - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan aktiviti pengumpulan deposit melalui Fellowship Business Venture (FBV) yang menawarkan pulangan tinggi.

Dalam kenyataan hari ini, SKM berkata semakan mendapati FBV yang dijalankan di bawah Koperasi Samudra Malaysia Bhd tidak mendapat kelulusan suruhanjaya itu.

“Skim ini tidak mendapat kelulusan di bawah Seksyen 50E dan 52A Akta Koperasi 1993 iaitu koperasi tidak dibenarkan mengambil deposit dan mengeluarkan pinjaman tanpa kebenaran suruhanjaya.

“Koperasi juga dilarang sama sekali membayar dividen, keuntungan atau pulangan secara bulanan," katanya.

Sehubungan itu, SKM menasihati orang ramai supaya berwaspada dan menghubungi suruhanjaya itu melalui talian rasmi di 03-20834000 atau e-mel kepada webmaster@skm.gov.my bagi sebarang kemusykilan.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Singapore viewed 'Lapan parti layak guna masa si' 17 mins ago
A visitor from Yenimahalle viewed 'Video of Passenger in Car Speeding at 312 K,/h - V' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Wakefield viewed 'Agong berkenan terima watikah lantikan lapan perwa' 3 hrs 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 3 hrs 54 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'The sudden passing of Lawyer Datuk Wong Rhen Yen i' 4 hrs 13 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 4 hrs 53 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 32 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Muhyiddin Ke Austra' 6 hrs 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ex-judge accused of harboring alleged Tren de Arag' 6 hrs 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Intai wanita di tandas awam, penganggur dipenjara ' 6 hrs 17 mins ago