Translate

30 December 2020

Wanita Pukul Kucing Bunting Hingga Mati Ditahan


 

Warga emas tergamak bunuh kucing bunting

Wanita pukul kucing bunting hingga mati ditahan

BERNAMA
30/12/2020 


BUKIT MERTAJAM, 30 Dis -- Seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes memukul seekor kucing yang bunting sehingga mati dan mencederakan seekor lagi haiwan itu dengan batang besi, ditahan hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad berkata wanita berusia 51 tahun yang bekerja sebagai broker itu ditahan untuk siasatan lanjut oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Menurutnya kejadian berlaku pada 1.20 tengah hari semalam, selepas dua lelaki yang sedang memberi makanan kepada kucing-kucing itu terdengar wanita berkenaan merungut mengenai kucing yang membuang najis di hadapan rumahnya.

"Wanita itu kemudiannya bertindak memukul dua ekor kucing yang sedang diberi makan oleh dua lelaki berkenaan di rumah flat Pintas Kalui 1, Seberang Jaya dengan sebatang besi, sehingga menyebabkan seekor kucing bunting mati manakala seekor lagi cedera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM20,000 atau maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Shafee berkata polis turut menyiasat kes itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana wanita itu dipercayai dipukul beberapa individu selepas kejadian berkenaan, dan menurutnya wanita itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bagi perintah reman, esok.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Putrajaya viewed 'Donald Trump Accuses Xi Jinping of Using Southeast' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 27 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 31 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 41 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Akses ke KLIA Termi' 53 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 56 mins ago