Translate

30 December 2020

Video: Polis Peras Ugut Rm20K Kena Tangkap


 


MKL Crimedesk
30/12/20

Gara gara peras ugut orang awam... dua anggota polis dari balai sri hartamas ditangkap di sri hartamas pada 24 disember lepas.

Kegiatan kedua dua anggota terbabit dikesan apabila satu laporan polis dibuat mangsa seorang lelaki berusia 57 tahun pada 23 disember lepas.

Ketua polis daerah petaling jaya acp nik ezanee mohd faisal berkata suspek melakukan pemerasan terhadap mangsa pada 21 disember lepas.

Mangsa mendakwa dia telah ditahan anggota berkenaan yang menaiki kereta peronda berhampiran kawasan rehat dan rawat r&r sungai buloh ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di cameron highland. 

Suspek memeriksa telefon bimbit mangsa dan mahu menangkapnya kerana didakwa membeli nombor ekor haram.

Pengadu kemudian minta dilepaskan dan suspek telah meminta wang sebanyak 20
ribu ringgit.

namun ketika itu lelaki berkenaan hanya mempunyai wang tunai 4 ribu ringgit.

Anggota polis berkenaan berkeras mahu 5 ribu ringgit dan membawa pengadu ke mesin atm di sebuah stesen minyak untuk mengeluarkan wang.

Turut dirampas kad kuasa polis, lesen memandu pasukan polis, telefon bimbit dan wang tunai .

Siasatan mendapati salah seorang anggota polis berusia 38 tahun itu pernah didakwa di mahkamah namun dibebas dan dilepaskan bagi tuduhan rompakan berkumpulan 

Kedua mereka yang direman 3 hari pada 25 hingga 27 disember lepas kini dibebaskan  dengan jaminan polis sementara menunggu arahan dari pihak pendakwaraya.

Source: MKL Crimrdesk YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'KEJADIAN DAHSYAT LORI REMPOH BANYAK KENDERAAN DI T' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua Lelaki Cedera Diserang Lima Lelaki Bersenjata ' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rumah runtuh awal pagi, 6 sekeluarga nyaris maut |' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed '“The Malaysia Airlines We Built” terjual hampir 50' 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Fahmi umum bertanding jawatan Majli' 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed '17 roads in the capital, Putrajaya closed in conju' 52 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 55 mins ago