Translate

31 December 2020

Perang COVID-19 Belum Tamat, Kian Sengit - Dr Noor Hisham



Health DG launches a book about frontliners and hospitals combating Covid-19  


Perang COVID-19 belum tamat, kian sengit - Dr Noor Hisham

BERNAMA
31/12/2020 


PUTRAJAYA, 31 Dis -- Peperangan melawan pandemik COVID-19 masih belum tamat, malah kian sengit yang memerlukan kesepaduan rakyat dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menanganinya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata usaha KKM membendung penularan COVID-19 dalam negara tetap diteruskan dan kemudahan kesihatan awam dalam mendepani pandemik itu setakat ini masih boleh bertahan.

"Peperangan masih belum tamat dan semakin sengit. Kita perlu bersatu dan kesepaduan akan membezakan sama ada kita akan menangani COVID-19 dengan baik," katanya kepada media selepas majlis pelancaran buku mewah berjudul 'The Fight Against Uncertainty: Hospital Services Journey In Combating COVID-19', yang dilaksanakan secara maya, di sini hari ini.

Sambil mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua rakyat Malaysia, Dr Noor Hisham sekali lagi mengingatkan masyarakat supaya mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, sentiasa mencuci tangan dan elak tempat serta ruang sesak ketika berhimpun di ambang tahun baharu bersama keluarga.

"Kalau boleh jangan berhimpun, kalau terpaksa berhimpun pastikan dalam jumlah kurang 10 orang dan patuh SOP yang diketengahkan KKM," katanya pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Rohaizat Yon.

Dr Noor Hisham juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga KKM, petugas barisan hadapan serta petugas media yang bersama-sama KKM memerangi COVID-19 sepanjang 2020.

“Tempoh setahun ini, peperangan itu adalah kelesuan mental dan fizikal untuk petugas KKM dan juga rakyat. Kita masih belum menang dan diharap 2021 kalau semua orang patuh SOP, insya-Allah kita boleh putuskan rantaian jangkitan COVID-19 dalam negara," katanya.

Mengulas mengenai buku berkenaan, Dr Noor Hisham berkata buku setebal 158 muka surat itu diterbitkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Perkhidmatan Hospital, Program Perubatan, yang memaparkan kompilasi penulisan ringkas dengan foto yang menarik tentang perjalanan peperangan petugas hadapan dalam memerangi COVID-19 pada 2020.

“Penerbitan buku itu amat bermakna kerana perjalanan peperangan petugas barisan hadapan dalam memerangi COVID-19 sejak setahun lepas diterjemahkan dalam tulisan yang merupakan detik berharga untuk dikongsi serta diceritakan kepada generasi akan datang,” katanya.

Sebanyak 350 buku dicetak melalui sumbangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan akan diedarkan kepada KKM, pengarah kesihatan negeri, kementerian dan agensi lain, universiti serta Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM).

Orang ramai yang berminat melihat buku mewah tersebut boleh melayari laman rasmi KKM.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengundi Cina Semakin Hilang Minat Terhadap PH, DA' 17 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'HURU-HARA DI SHELL LUNDANG DIPERCAYAI AKIBAT MAIN ' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aksi Wanita ‘Rembat’ Bungkusan Dirakam CCTV | BEST' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Indonesia gagalkan cubaan seludup migran ke Malays' 3 hrs 38 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 48 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 4 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM bekerjasama Interpol atur rakam percakapan an' 4 hrs 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Khidmat Nurul Izzah sebagai 'panglima perang' PKR ' 4 hrs 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JKDM Selangor patahkan empat cubaan seludup termas' 5 hrs 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kegembiraan lapan sekawan bertukar tragedi, satu l' 5 hrs 11 mins ago