Translate

29 December 2020

Waspada Skim Pelaburan Fellowship Business Venture, Tiada Kelulusan - SKM

                            

Waspada skim pelaburan FBV, tiada kelulusan - SKM

BERNAMA
29/12/2020 

KUALA LUMPUR, 29 Dis - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan aktiviti pengumpulan deposit melalui Fellowship Business Venture (FBV) yang menawarkan pulangan tinggi.

Dalam kenyataan hari ini, SKM berkata semakan mendapati FBV yang dijalankan di bawah Koperasi Samudra Malaysia Bhd tidak mendapat kelulusan suruhanjaya itu.

“Skim ini tidak mendapat kelulusan di bawah Seksyen 50E dan 52A Akta Koperasi 1993 iaitu koperasi tidak dibenarkan mengambil deposit dan mengeluarkan pinjaman tanpa kebenaran suruhanjaya.

“Koperasi juga dilarang sama sekali membayar dividen, keuntungan atau pulangan secara bulanan," katanya.

Sehubungan itu, SKM menasihati orang ramai supaya berwaspada dan menghubungi suruhanjaya itu melalui talian rasmi di 03-20834000 atau e-mel kepada webmaster@skm.gov.my bagi sebarang kemusykilan.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tareq Amin & Jensen Huang on Humain–NVIDIA Partner' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 19 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Inspektor polis didakwa terima rasuah RM23,000 | B' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Muhyiddin sekali lagi mohon pindah kes salah guna ' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tarikh akhir kemuka e-Borang tahun taksiran 2024 e' 1 hr 22 mins ago