Translate

29 December 2020

Covid-19 Malaysia 29 Dec: New Cases- 1,925 Total Cases- 108,618 | Active Cases- 21,443 | New Death- 2


Kenyataan Akhbar KPK 29 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,123 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 86,715 kes (79.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 29 Disember 2020, Malaysia telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,925 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 108,615 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 21,443 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 10 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,915 kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 747 kes (38.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 625 kes (83.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 360 kes (18.7 peratus) dan Pahang sebanyak 288 kes (15.0 peratus). Peningkatan kes di Pahang dipengaruhi oleh kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Tembok Mempaga yang melaporkan sebanyak 282 kes (98.0 peratus).

Sebanyak 307 kes (15.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Mempaga (282 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes), Kluster Tembok Gajah (9 kes), Kluster Tembok (3 kes), Kluster Pagar Siput (3 kes), dan Kluster GK Tawau (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 117 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 55 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan dua (2) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 457 kes (0.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital/ Tempat KematianLatar Belakang
45691966WP PutrajayaLelaki (WN)65Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan strok
457103895KelantanPerempuan (WN)68Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik

*WN merujuk kepada warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 29 Disember 2020, terdapat sebanyak 498 kluster telah dilaporkan termasuk sembilan (9) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 278 kluster ini termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bot Biru, Kluster Gedong, dan Kluster Jernih.Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 220 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 50 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok Mempaga (282 kes), Kluster Seri Lanang (168 kes),  dan Kluster Tapak Bina Lebuh (125 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER SERI LANANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang, Gombak, Kuala Selangor dan Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 1,020 individu telah disaring, di mana 173 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN CHU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA AWAN PUTEH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INTEGRA IKON

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-104673) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Disember 2020 melalui saringan kendiri. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 185 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SATANG

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Hulu Langat, Klang, Petaling dan Gombak di Selangor; serta daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-92888) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Disember 2020. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 104  individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini

  • KLUSTER TEMBOK MEMPAGA

Kluster ini melibatkan daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-97373) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Disember 2020 melalui saringan tahanan. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 504 individu telah disaring, di mana 284 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TIMBANG DAYANG

Kluster ini melibatkan daerah Kota Belud di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-100487) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TEGULI

Kluster ini melibatkan daerah Putatan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-86690) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 13 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER RAMBAI

Kluster ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka; daerah Petaling di Selangor; dan daerah Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-104441) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 29 Disember 2020, sejumlah 102 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

29 Disember 2020 @ 5.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 29 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH230 (1)36,461
SELANGOR747 (1)30,716
WP KUALA LUMPUR360 (7)13,048
NEGERI SEMBILAN607,716
JOHOR1104,933
PULAU PINANG573,327
PERAK173,114
KEDAH82,977
WP LABUAN01,636
PAHANG2881,302
SARAWAK4 (1)1,114
MELAKA9978
KELANTAN31665
TERENGGANU2306
WP PUTRAJAYA2276
PERLIS046
JUMLAH KESELURUHAN1,925 (10)108,615

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,925 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 29 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 747 kes 
    • 364 kes daripada kluster-kluster, termasuk 168 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Lanang;
    • 261 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 121 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 360 kes  
    • 215 kes daripada kluster-kluster, termasuk 83 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Chu, Kluster Tapak Bina Awan Puteh, Kluster Integra Ikon dan Kluster Jalan Satang;
    • 98 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tujuh (7) kes import dari luar negara; dan
    • 40 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 288 kes
    • 282 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok Mempaga;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 230 kes 
    • 21 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Timbang Dayang dan Kluster Teguli;
    • 134 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 74 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 110 kes
    • 75 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Negeri Sembilan: 60 kes
    • 27 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 57 kes 
    • 41 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kelantan: 31 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 17 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Sembilan (9) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Rambai;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: Lapan (8) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Empat (4) kes
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.


       

       



          







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED