Penyedia perkhidmatan penginapan platform digital perlu mendaftar di MyTTx
BERNAMA
29/12/2020
KUALA LUMPUR, 29 Dis -- Penyedia perkhidmatan tempahan premis penginapan menggunakan platform digital dikehendaki mendaftar dengan Malaysian Tourism Tax System (MyTTx) di bawah seliaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, selewat-lewatnya tiga bulan sebelum Julai depan.
Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah berkata langkah itu bertujuan memastikan kelancaran proses pembayaran cukai pelancongan oleh penyedia perkhidmatan tersebut apabila ia dilaksanakan.
Beliau berkata pelaksanaan cukai perkhidmatan itu dijangka dapat meningkatkan hasil kerajaan iaitu tambahan kira-kira RM21 hingga RM46 juta daripada kutipan keseluruhan cukai pelancongan sedia ada.
"Sekiranya premis perniagaan atau pemberi perkhidmatan melalui platform digital ini ingkar, mereka akan dikenakan penalti atau denda tidak lebih RM30,000 atau tidak kurang satu tahun penjara atau kedua-duanya," katanya sewaktu menggulung Rang Undang-Undang Pelancongan (Pindaan) 2020 di Dewan Negara hari ini.
Mulai Julai depan, sektor pelancongan akan kembali dikenakan cukai pelancongan selepas kerajaan memberikan pengecualian terhadap cukai itu selama setahun, bermula dari 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021 selepas negara dilanda COVID-19.
Sementara itu, Mohd Shahar menolak dakwaan cukai pelancongan yang dikenakan kepada setiap pelancong asing yang memasuki negara ini memberi kesan negatif kepada sektor pelancongan negara.
"Nilai cukai pelancongan yang kita kenakan kepada pelancong asing berjumlah RM10, jika dibandingkan dengan nilai mata wang mereka ia hanya jumlah kecil untuk dibayar ketika melancong ke negara ini.
"Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), jumlah pelancong asing yang datang ke Malaysia menunjukkan peningkatan kecuali pada tahun ini berikutan penularan pandemik COVID-19 yang menyaksikan penurunan kehadiran pelancong asing," katanya.
Mohd Shahar berkata kerajaan menerima hasil kutipan cukai pelancongan yang memberangsangkan sejak cukai pelancongan diperkenalkan pada September 2017 iaitu sebanyak RM39.9 juta, RM216.6 juta (2018), RM219.7 juta (2019) dan RM68.1 juta (2020).