Translate

31 December 2020

Sindiket Judi Dalam Talian: Wanita Hamil Antara 15 Ditahan

                        


WANITA HAMIL ANTARA 15 INDIVIDU DITAHAN SINDIKET JUDI DALAM TALIAN

Sindiket judi dalam talian: Wanita hamil antara 15 ditahan

BERNAMA
31/12/2020


SUBANG JAYA, 31 Dis -- Seorang wanita tempatan yang sarat mengandung antara 15 individu yang ditahan dalam tiga serbuan di sebuah kondominum mewah di sini hari ini kerana disyaki terlibat dengan sindiket judi secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Abd Khalid Othman berkata dalam serbuan yang bermula pada 10 pagi itu, kesemua individu termasuk empat wanita warga Indonesia berusia lingkungan 20 hingga 27 tahun didapati sedang leka mengendalikan pertaruhan judi sebelum menyedari kehadiran polis.

“Dalam serbuan di rumah pertama, kita menahan sepasang suami isteri warga tempatan dengan si isteri hamil serta empat individu lain.

“Susulan tangkapan itu membawa kepada serbuan kedua dan ketiga di kondominium yang sama namun berlainan blok dan penahanan masing-masing enam dan tiga individu di setiap premis,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan.

Beliau berkata kesemua kediaman yang diserbu menempatkan pelbagai peralatan komputer bagi memantau dan melakukan transaksi pertaruhan.

Turut dirampas 20 komputer dan berbelas-belas unit telefon bimbit yang dipercayai digunakan dalam kegiatan perjudian itu bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan mendapati pekerja terbabit diupah dengan bayaran di antara RM1,000 hingga RM1,800 sebulan selain menerima komisen bagi setiap kutipan wang pertaruhan.

Abd Khalid berkata sindiket itu juga dipercayai mengaut keuntungan mencecah RM200,000 sebulan melalui kegiatan tersebut.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya juga telah mengenal pasti dan sedang memburu dalang utama sindiket itu, yang merupakan seorang lelaki warga tempatan.


“Individu yang telah dikenal pasti itu akan ditahan dalam masa terdekat dan kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam usaha membanteras kegiatan perjudian dalam talian habis-habisan,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka dan Akta Imigresen kerana keempat-empat wanita warga asing didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from George town viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Brvenica viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TPM, Timbalan Premier Sarawak hadir majlis kesyuku' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'The ringgit started trading on Wednesday almost fl' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 3 hrs 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 3 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 4 hrs 36 mins ago