Translate

29 December 2020

Mekanik Hilang Dihanyut Arus Di Sungai Benus


Mekanik hilang dihanyut arus di Sungai Benus

BERNAMA
29/12/2020 

KUANTAN, 29 Dis -- Seorang mekanik dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Benus, Bentong kira-kira 185 kilometer dari sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan Tan Kok Meng, 59, pada kira-kira pukul 7.30 malam.

Beliau berkata berdasarkan laporan, Tan dikatakan ke lokasi berkenaan bagi membantu rakannya mengikat tali di pokok yang terletak di tepi sungai bagi menggerakkan jentera penyedut pasir.

"Semasa menyeberangi sungai bersama tali, mekanik itu dikatakan terus dihanyutkan arus deras tanpa sempat menyelamatkan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata usaha mencari diteruskan hari ini dengan jarak pencarian sejauh lima kilometer dari lokasi lelaki itu dihanyutkan, melibatkan 40 anggota SAR yang terdiri daripada anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA | Co' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Jambi viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Federal Government approves RM16.45bil to develop ' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 2 hrs ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'ASTON VILLA & DORTMUND SHOCK PSG AND BARCELONA BUT' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 2 hrs 40 mins ago