Translate

29 December 2020

15 Anggota IPD Kota Bharu Kontak Rapat Tahanan Positif COVID-19 Dikuarantin


15 anggota IPD Kota Bharu kontak rapat tahanan positif COVID-19 dikuarantin

BERNAMA
29/12/2020 


KOTA BHARU, 29 Dis -- Seramai 15 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu kini dikuarantin di rumah masing-masing selepas dikenal pasti kontak rapat dengan seorang tahanan positif COVID-19 dari Selayang, Selangor.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Abdullah Muhammad Pian berkata, mereka termasuk seorang pegawai telah menjalani ujian swab pada 25 Disember lepas dan didapati negatif.

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan ujian kali kedua yang dilakukan terhadap semua anggota polis lelaki itu semalam dijangka diperoleh dalam masa terdekat.

"Sebelum ini kesemua mereka sudah menjalani kuarantin di rumah sebaik sahaja dikesan menjadi kontak rapat kepada tahanan terbabit. Kita berharap keputusan yang bakal keluar adalah negatif dan tiada anggota yang dijangkiti di dalam pasukan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, kira-kira 1,000 individu di negeri itu menjalani ujian saringan COVID-19 di klinik kesihatan dan hospital semalam.

Mereka terdiri daripada individu yang balik dari luar negara, kontak rapat kepada pesakit positif COVID-19 serta yang hadir secara sukarela membuat ujian.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA | Co' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Jambi viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Federal Government approves RM16.45bil to develop ' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 2 hrs ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'ASTON VILLA & DORTMUND SHOCK PSG AND BARCELONA BUT' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 2 hrs 40 mins ago