Translate

28 December 2020

PKPD Depot Tahanan Imigresen Langkap Dilanjutkan 1 Januari - 31 Januari: Ditahan-297 Dikompaun-294 Direman-3


Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 28 Dis 2020

1.Task Force Operasi Pematuhan

• 2,236 Pasukan Pematuhan terdiri daripada 9,706 anggota telah melakukan 43,106 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP

• Sebanyak 3,177 pasar raya, 4,373 restoran, 1,165 kilang, 1,252 pasar awam/tani, 2,999 tempat ibadah serta 1,217 tempat riadah telah diperiksa.

• Semalam, PDRM telah menahan 297 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP, di mana 294 telah dikompaun dan 3 direman

2.Kawalan Sempadan Negara

• Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 22 PATI dan 4 tekong serta merampas 4 kenderaan darat dalam operasi di seluruh negara. 

• 113 SJR Op Benteng dilaksanakan diseluruh negara seperti berikut:

o Op Benteng/Penawar  (PDRM, ATM dan RELA) - 42 SJR
o Op Benteng PDRM - 62 SJR
o Op Benteng AKSEM - 9 SJR

3.Operasi Sanitasi Awam 

•  KPKT telah melakukan 13,103 operasi sanitasi merangkumi 137 zon.
• Semalam, sebanyak 29 operasi sanitasi telah dilaksanakan di 10 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan 
•  Ops Sanitasi ini melibatkan 101 anggota dan 21 jentera JBPM dan 180 anggota PBT

4. Kuarantin Wajib

• Seramai 93,563 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
• seramai 7,414 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 76 Hotel dan 17 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta
• 539 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 85,610 individu dibenarkan pulang ke rumah
• Semalam, 597 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib di stesen kuarantin seluruh negara.

5. Saringan Wajib Pekerja Warga Asing
Kerajaan akan menguatkuasakan arahan mewajibkan pekerja warga asing disaring bermula 1 Januari 2021 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) di mana majikan yang gagal mematuhi arahan ini akan dikenakan tindakan undang-undang dan penalti

6. Kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di Mukim 12, Barat Daya dan Mukim 13, Timur Laut, Pulau Pinang sehingga 14 Januari 2021

7. Kerajaan bersetuju menamatkan PKPB di Kawasan Ipoh dan Chemor di Mukim Hulu Kinta pada 28 Disember 2020 

8.Kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Depot Tahanan Imigresen Langkap dan Kuarters Daerah Hilir Perak bermula 1 Januari sehingga 14 Januari 2021.

9.Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Madrasah Daril Naim, Padang Halban, Mukim Peringat, Kota Bharu bermula  29 Disember 2020 hingga 11 Januari 2021

10.Kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di seluruh Selangor sehingga 14 Januari 2021

11.Kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di seluruh WP Kuala Lumpur bermula 1 Januari sehingga 14 Januari 2021

12.Kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di Daerah Seremban bermula 1 sehingga 14 Januari 2021 dan PKPB di Daerah Port Dickson ditamatkan pada 28 Disember 2020 

•  Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban, Negeri Sembilan pada hari ini, 28 Disember 2020

13.Kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di Johor Bahru dan Batu Pahat bermula 1 Januari sehingga 14 Januari 2021 dan menamatkan PKPB di Kulai pada 28 Disember 

•  Kerajaan bersetuju melanjutkan lagi PKPD di Penjara Kluang dan Kuarters Penjara Kluang, Johor bermula 1 Januari sehingga 14 Januari 2021.

14.Kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di seluruh Negeri Sabah bermula 1 hingga 14 Disember 2021

15.Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Kg. Dasar Baru dan Kg. Desa Bajau, Lahad Datu, Sabah pada 29 Disember 2020

16.Kerajaan hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg. Paginatan dan Kg. Maringkan, Ranau, Sabah bermula 29 Disember 2020 sehingga 11 Januari 2021.









Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED