Translate

29 December 2020

Polis Sarawak Tahan Remaja, Bongkar Kegiatan Sindiket Seludup Dadah Ke Indonesia



Polis bongkar seludup dadah ke Indonesia  

Polis Sarawak tahan remaja, bongkar kegiatan sindiket seludup dadah ke Indonesia

BERNAMA
29/12/2020 


KUCHING, 29 Dis -- Polis Sarawak berjaya membongkar satu kegiatan menyeludup syabu dan ekstasi ke Kalimantan, Indonesia, susulan tertangkapnya seorang remaja lelaki warga Indonesia Sabtu lepas.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Fisol Salleh berkata suspek berumur 19 tahun itu ditahan di Sungai Paoh, Serian, kira-kira 60 kilometer dari sini, semasa anggota polis menjalankan rondaan Ops Benteng di kawasan berkenaan pada kira-kira pukul 4.00 petang.

Beliau berkata polis turut merampas tiga bungkusan mengandungi beberapa ketulan kristal disyaki syabu seberat kira-kira tiga kilogram, dan empat bungkusan mengandungi 19,516 biji pil disyaki ekstasi susulan penangkapan itu.

“Kami mengesyaki suspek ini merupakan (anggota) satu sindiket yang (bergiat) membawa keluar syabu dan ekstasi.. Di Sarawak, harga syabu menghampiri RM50,000 bagi satu kilogram dan kita mendapat maklumat di sebelah sana (Kalimantan) harganya dua kali ganda,” katanya dalam sidang media di sini.

Menurutnya sindiket itu menggunakan laluan tikus di sempadan Malaysia-Indonesia berdekatan daerah Bau dan Serian di negeri ini untuk menyeludup keluar dadah berkenaan ke wilayah Kalimantan.

“Kita telah mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman suspek sehingga 2 Jan depan,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video...Pak Guard Kena Tampar Oleh Lelaki Berkopia' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS | BEST ' 17 mins ago
A visitor from St louis viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anita Azrina ganti Hans Isaac | BEST FBKL' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'SPRM tahan ejen terima rasuah percepat pemeriksaan' 45 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS | BEST ' 50 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS | BEST ' 50 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS | BEST ' 50 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS | BEST ' 51 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS | BEST ' 51 mins ago