Translate

31 December 2020

Sumbangan Capai Sasaran, Syed Saddiq Tunai Janji Botakkan Kepala

                      

Sumbangan capai sasaran, Syed Saddiq tunai janji botakkan kepala 

Sumbangan capai sasaran, Syed Saddiq tunai janji botakkan kepala

BERNAMA
31/12/2020


KUALA LUMPUR, 30 Dis -- Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menunaikan nazar untuk membotakkan kepalanya apabila sasaran sumbangan sebanyak RM200,000 bagi membeli komputer riba kepada pelajar di kawasan parlimennya tercapai.

Lebih menarik, sesi mencukur kepala ahli politik muda itu disiarkan secara langsung di sebuah rancangan televisyen tempatan dan dilakukan sendiri oleh ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.

"Bismilahirrahmanirahim, berjuanglah anakku demi rakyat," demikian lafaz Sharifah Mahani sebaik memulakan cukuran kepala anaknya itu.

Dalam siaran itu juga, Syed Saddiq menceritakan pengalaman rambutnya digunting ibu beliau sejak berusia enam tahun.

Sesi itu kemudian diambil alih seorang tukang gunting profesional bagi melengkapkan cukuran rambutnya sehingga botak.

Sebelum ini, bekas Menteri Belia dan Sukan itu telah melancarkan kempen #1keluarga1laptop dengan matlamat setiap keluarga di Parlimen Muar memiliki sebuah komputer riba untuk kegunaan anak mereka.

Beliau menyasarkan 500 keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah yang mempunyai anak yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.

Kempen itu berjaya mengumpulkan RM383,000 dalam tempoh lima hari.

"Setakat ini, sebanyak 120 keluarga di Parlimen Muar telah menerima komputer riba tersebut," katanya.




Live #BotakChallenge Oleh YB Syed Saddiq 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Mangsa banjir di Johor, Sarawak terus meningkat pa' 15 secs ago
A visitor from George town viewed 'Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar ta' 5 mins ago
A visitor from Delaware viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 6 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Berita baik daripada kerajaan diharap beri keceria' 38 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS | BEST ' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar ta' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Berita baik daripada kerajaan diharap beri keceria' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anita Azrina ganti Hans Isaac | BEST FBKL' 1 hr 39 mins ago